Aiskrim Malaysia Yang Mana Pilihan Anda ?

4900
SHARE
Aiskrim Malaysia Yang Mana Pilihan Anda ? Memang mengimbau kenangan bila melihat perisa aiskrim malaysia yang ada pada zaman kanak -kanak kita kan.
Aiskrim Malaysia Yang Mana Pilihan Anda ? Memang mengimbau kenangan bila melihat perisa aiskrim malaysia yang ada pada zaman kanak -kanak kita kan.

Masih ingatkan anda yang membesar di kampung pada zaman kanak -kanak ? Bila letih bermain seharian bersama rakan sekampung , pastinya salah satu pilihan untuk menghilangkan dahaga adalah dengan menghisap aiskrim malaysia yang didatangkan dengan pelbagai perisa . Artikel kali ini Aiskrim Malaysia Yang Mana Pilihan Anda ?

Pastinya di kampung , aiskrim malaysia ini didapati di kedai runcit atau rumah perseorangan yang menjadi sasaran tempat mendapatkan aiskrim ini . Memang sungguh nikmat dengan pilihan pelbagai perisa yang beharga 10 sen sahaja sebatang pada zaman itu. Antara plastik pembungkus aiskrim yang popular adalah daripada cap kingkong.

World Wide Web Consortium Home

BACA : Jus Kurma Susu Berkhasiat Tinggi 

Jom kita intai antara lagenda perisa aiskrim malaysia pada satu zaman dahulu .

1 . Askrim kacang hijau 

Kredit : http://1.bp.blogspot.com/
Kredit : http://1.bp.blogspot.com/

Ini perisa yang kami rasa umum dan didapati di mana-mana tempat . Resepi utama adalah bubur kacang hijau . Kenikmatan jelas terasa dengan rasa bubur yang manis pekat bersantan dan ditambah dengan rasa sejuk aiskrim . Memang nikmat untuk budak kampung yang penat bermain seharian.

2. Aiskrim Jeruk Mangga

 

Kredit Imej : http://www.kongsiresepi.com/
Kredit  : http://www.kongsiresepi.com/

Siapa yang tak pernah rasa perisa mangga jeruk ? Biasanya mudah diperolehi apabila musim mangga ringan di kampung yang banyak dan mudah didapati . Dalam sebatang aiskrim , satu atau dua hirisan sudah memadai kerana air jeruknya lebih nikmat daripada mangga itu sendiri .

BACA : Cincau Membantu Mengurangkan Darah Tinggi

3. Aiskrim Sirap Bandung

Kredit : http://www.kuali.com/
Kredit : http://www.kuali.com/

Aiskrim sirap bandung menjadi pilihan bila musim buah mangga sudahpun kehabisan. Jadi sirap bandung adalah pilihan untuk hilangkan dahaga . Biasanya rasa manis datangnya dari gula bukan dari susu . Heee

4. Aiskrim Milo 

 

Kredit : http://mybelovedazalyea.blogspot.my/
Kredit : http://mybelovedazalyea.blogspot.my/

Jangan ingat aiskrim milo tiada  dalam senarai aiskrim malaysia ini. Rasa yang sejuk dan bercoklat adalah penarik bagi kami sewaktu kanak-kanak. Yelah , susah nk minum milo di rumah kerana kami asalnya dari keluarga yg sederhana. Jadi aiskrim ini adalah salah satu pengubat rasa terliurnya.

5. Aiskrim Asam Masin

Kredit : http://3.bp.blogspot.com/
Kredit : http://3.bp.blogspot.com/

Ini salah satu lagi antara perisa yang ada di semua tempat yang kami rasa. Rasa nya tak perlu diberitahu lagi . Semua orang tahu rasa manis, masam dan masin memang menghilangkan dahaga .
Dan ini adalah pilihan no 1 diantara kebanyakan kami .

BACA : Jamu Merawat Masalah Senggugut

6. Aiskrim Jagung

Kredit : http://fazianbatrisyia.blogspot.my/
Kredit : http://fazianbatrisyia.blogspot.my/

Ini perisa yang tuan penjual buat untuk pelbagaikan koleksi jualan aiskrim malaysianya. Apa yang kami perhatikan , perisa ini lambat habis berbanding yang lain. Mungkin disebabkan pada zaman kanak-kanak kami lebih suka perisa yang lain. Anda bagaimana ? Suka perisa ini ?


Jadi  Aiskrim Malaysia Yang Mana Pilihan Anda ? Memang menarik kan pada zaman kanak-kanak kita dahulu. Selepas ini , boleh lah kita buat semula aiskrim aiskrim ini. Yeay .

Kalau anda rasa aiskrim malaysia ini membuat anda teringat pada zaman kanak -kanak , bolehla share kepada rakan-rakan . Jom makan aiskrim malaysia.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel


 

 

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home