Biar Betul Cincau Boleh Mengurangkan Darah Tinggi

5766
SHARE
Kami terkejut , tapi selepas mencari info berkaitan cincau, lahirnya artikel ini.Biar Betul Cincau Boleh Mengurangkan Darah Tinggi. Menarik untuk dibaca.
Kami terkejut , tapi selepas mencari info berkaitan cincau, lahirnya artikel ini.Biar Betul Cincau Boleh Mengurangkan Darah Tinggi. Menarik untuk dibaca.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur dot com. Ye, kami tekrkejut pada mulanya apabila ada seorang encik yang baik hati memberitahu cincau boleh mengurangkan darah tinggi. Oleh itu , kami mula mencari dan mendapatkan info berkaitan cincau untuk artikel Biar Betul Cincau Boleh Mengurangkan Darah Tinggi ini. Jom lihat.

Untuk anda yang tidak tahu asal usul cincau seperti kami yang tahu minum sahaja, rupa-rupanya cincau ini merupakan sejenis tumbuhan . Cincau juga terdiri daripada dua jenis iaitu yang biasa kita lihat dan satu lagi adalah cincau hijau.

Pokok cincau hitam. Anda pernah tengok sebelum ni ?
Pokok cincau hitam. Anda pernah tengok sebelum ni ?

Beginilah pokok cincau hitam. Apa kandungan lazim dalam pokok cincau ini ? Untuk per 100 gram, kandungan adalah seperti berikut.

3

 

Rupa-rupanya , pokok cincau kaya dengan keperluan yang badan perlukan . Cuba baca artikel kami salin di web ini anakmuaallaf.blogspot.com/2013/09/cincau-boleh-turunkan-tekanan-darah ( blog tak diupdate sejak tahun 2013 untuk diminta izin )

Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku ni.
Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain.

Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa.
Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.

Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!!

Klik sini untuk membuka artikel di new tab selepas ini
Klik sini untuk membuka artikel di new tab selepas ini

 

Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler….

Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.
Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.
Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.

Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe.
cincau
Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156.

Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!!

Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!!
Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.

Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula.

Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini..

Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini.
Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe.
Selamat mencuba!!

Jadi secara amnya, boleh la  sesiapa yang menghidap darah tinggi, amalkan minuman cincau tanpa gula / makan mentah cincau hitam. Semua yang kita usaha ini walau bagaimanapun terserah pada ALLAH S.W.T yang memberi kesembuhan kepada kita tetapi jika kita usaha , mungkin DIA perkenankanNYA?

Selamat mencuba.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel

 

 

Comments

comments