Cara Mudah Buat Roti Burger Kesukaan Anak-Anak

1477
SHARE
Buat banyak-banyak, simpan dalam bekas kedap udara,memang senang la Cara Mudah Buat Roti Burger Kesukaan Anak-Anak ni. Boleh cuba dan berkongsi resepi ini.
Buat banyak-banyak, simpan dalam bekas kedap udara,memang senang la Cara Mudah Buat Roti Burger Kesukaan Anak-Anak ni. Boleh cuba dan berkongsi resepi ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung warga dari dapur . Mesti ramai yang suka makan burger kan ? Kadang-kadang burger yang kita buat menjadi tidak sedap akibat roti burger yang digunakan keras rasanya kan ? Jangan risau , kali ini kami membawakan anda artikel Cara Mudah  Buat Roti Burger Kesukaan Anak-Anak. Jom lihat bahan-bahan dan tips membuatnya.

Bahan – bahan yang diperlukan untuk Cara Mudah  Buat Roti Burger Kesukaan Anak-Anak adalah  :

300 gram tepung roti
2 sudu besar gula biasa
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar tepung susu
1 1/2 sudu kecil yis
1 biji telur gred B – Baki ditinggalkan sedikit untuk di sapu pada permukaan roti
2 sudu besar mentega
160 susu segar
1 sudu kecil pelembut roti

Tips : Gunakan sudu  yang sama untuk menyukat bahan . 

Untuk sapuan pada roti :
Baki telur tadi
1 sudu kecil susu segar
4 titik madu

Roti anda akan menjadi berkilat dan menarik

5
Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.

 

Cara membuat adunan roti burger pula adalah :

Pertama , sediakan bekas besar dan masukkan semua bahan di atas kecuali mentega. Uli menggunakan tangan sehingga menjadi doh dan sebati. Selepas itu , masukkan adunan doh ke dalam plastik dan tekan/urut selama 10 minit. Selepas siap, keluarkan doh dari plastik.

Kedua , perap doh tadi selama 1 jam. Letakkan doh di tepi peti / suhu panas sedikit untuk mencantikkan doh dan doh menjadi kembang secukupnya.

Ketiga , selepas 1 jam doh diperap, uli lagi roti sekitar 10 minit. Selepas itu , bentukkan aduan doh menjadi kuantiti yang anda mahu. Bulatkan doh dan tekan sedikit agar menjadi leper seperti roti burger. Perapkan lagi doh agar menjadi dua kali ganda dari saiz awal doh yang anda bahagikan tadi.

Keempat , panaskan oven pada suhu 180’C selama 10 minit. Sapukan mentega pada permukaan loyang untuk elakkan roti melekat. Susun doh di atas loyang pembakar dna sapukan dengan bahan-bahan sapuan pada permukaan roti. Bakar pada suhu 180’C selama 20 minit  atau sehingga kekuningan .

Tips : Apabila roti masak, keluarkan dan sapu dengan mentega yang dicairkan  sedikit untuk nampak lebih berkilat.

Wah, sekarang roti burger anda telah siap. Boleh la simpan atau terus buat burger  kan. hee

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Roti Cheese Goreng
Roti Sarang Lebah Butterscotch

serta banyak lagi ….

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel

 

Comments

comments

SHARE
Previous articleKek Marble Oren Coklat
Next articleProduk