DIY Baiki Rumah Usang Bahagian 2 Ke Home Sawit Home Beserta Tips Dan Panduan D5-D9

143
SHARE
DIY Baiki Rumah Usang Bahagian 2 Ke Home Sawit Home Beserta Tips Dan Panduan D5-D9

Nampaknya segala proses renovation rumah yang dijalankan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual walau dilakukan secara 3 orang termasuk abam . Abam hanya membantu dari jam 2 – 7 disebabkan tuntutan kerja . Jadi untuk bahagian 2 dari hari kelima ke sembilan ni , jom tengok apa proses renovation bahagian dapur yang telah abam buat . Mungkin anda dapat sedikit ilmu dan idea untuk diapply ke rumah nanti .

Best tengok perkembangan bila kita baiki sendiri ni . Kualiti bahan binaan , struktur binaan boleh mengikut yang kita mahukan .

Hari Kelima – Khamis
Hari ini abam mampu menolong selepas balik kerja pada jam 2 . Jadi proses renovation yang dilakukan pasang frame pintu kayu di bahagian belakang dari jenis kayu resak. Frame dari kayu resak lebih tahan lama . Sebelum frame dipasangkan, bahagian tepi di kiri yang bersempadan dengan rumah jiran diikat dulu dengan bata .dan juga di sebelah frame dalam jarak sebiji bata

renovate rumah sendiri
Proses memasang frame pintu .

Sebelah petang pula sambung ikat bata lagi bahagian dinding  kanan yang mana situ tempat tandas kedua dan ruangan tuk abam bertukang pada masa hadapan. Fuhhh..manfaatkan ruangan sempit. Sebab tu abam tak robohkan dinding asal bahagian dapur untuk elakkan rumah menjadi berselerak .

renovate rumah sendiri
Tangki pun terpaksa tukar  sebab tangki lama dah bocor. Usang betoi rumah ni kan ..hee
 
World Wide Web Consortium Home

Hari Keenam – Jumaat
Hari ini jadual kerja lebih pendek sedikit sebab Solat Jumaat dan seperti menghormati hari ini , hujan turun di sebelah petang seawal jam 4. So boleh rehat awal .Yeay. Tapi banyak dah yang siap.  Di sebelah pagi , tukang drill lantai untuk tapak ikat bata di sebelah frame dan pasang tingkap bersama kerangka ekzos fan. 

renovate rumah sendiri murah
Proses memasang tingkap beserta gril.Senang .
Seperti yang abam dah bagitaw , abam gunakan tingkap 2 in 1 iaitu beli yang dah ada grill dan tingkap aluminium. Jadi tak perlu pening-pening nak pikir cari tukang upah gril lak kan. Menjelang petang , hujan turun selebat-lebatnya. Yess boleh stop awal dari renovate rumah.
 
renovate rumah berkualiti
Hujan bumi tuhan .
Tak runtuh ke bata kena hujan ? Tak sebab bata diikat pada waktu pagi. Menjelang petang ianya dah  kering dah .
Hari Ketujuh – Sabtu
Hari hujung minggu , yesss…so abam dapat bantu tukang sepenuh hari bekerja hari ini . Dari pagi ke petang benda yang abam buat , gaul simen , bagi simen pada tukang tuk ikat bata dinding bahagian dapur , sorong  bata menggunakan kereta sorong dan check kualiti ikatan. Memuaskan hati seperti biasa . Nampak dah ke depan kemajuan proses renovate kali ini .
 
kontraktor renovate rumah
Dah siap ke tahap yang diperlukan di bahagian belakang
Untuk memudahkan proses plaster di kemudian hari , keadaan dinding yang dikat haruslah lurus agar senang untuk simen plaster sekata dan tidak memerlukan proses yang banyak untuk dapatkan hasil yang berkualiti. Pada sebelah petang , dinding sebelah kanan disambung ikat bata .
 
renovate rumah luaskan dapur
So hari ahad dah boleh mula proses persediaan bumbung dah .
Walupun badan penat , tapi melihat kemajuan proses renovate di bahagian dapur menghapus rasa lelah terik panas . 

Hari Kelapan – Ahad
Masa untuk mulakan proses pasang kayu untuk bumbung , Kayu yang digunakan dari saiz 2×4  panjang 10 kaki dan , kayu 2×3 panjang 10 kaki dan 8 kaki . So untuk lekatkan kayu pada permukaan concrete , penggunaan wall plug bersaiz 4 inci setengah digunakan . Kukuh dan jimat  masa. Drill lubang pada kayu , drill lubang pada simen , lepas tu ketatkan. ‘

renovate bumbung rumah
Proses pemasangan kayu bumbung
Selepas kayu utama dan kedua diletakkan seperti dalam gambar , kayu berukuran 2×2 akan dipaku di bahagian atas sebagai lapik bumbung jenis adeck .
 

renovation bumbung rumah

Proses pemasangan kayu bumbung memakan masa disebabkan ukuran yang dikehendaki perlu tepat untuk semuanya lancar . Jadi enjoy je sambil buat . Menjelang petang , semua kayu dah diletakkan pada tempat masing-masing .
Hari Kesembilan – Isnin 
Hari ini pasang bumbung di bahagian kerangka utama dan sistem salur air . Hujan di sebelah petang merencatkan sedikit perjalanan kerja . Tapi kita hanya merancang , realitinya bukan di tangan kita kan. So boleh rehat awal sedikit sekitar jam 5.30 disebabkan hujan.
 
pasang bumbung rumah renovate
Bumbung dah siap dipasang
Untuk ukuran adeck , sebanyak 9 keping adeck 7 kaki panjang dan 1 keping 10 kaki panjang digunakan bagi menutup ruangan dapur yang diubahsuai . Bila dah siap semua , barulah proses plaster dinding akan dimulakan.
 
renovate pasang bumbung rumah
Nampak tak klip salur air ? Puas hati pasang banyak bagi kukuh dan tahan lama
So hanya tinggal satu ruangan yang masih tidak dipasang bumbung bagi membolehkan debu konkrit keluar untuk proses pecah dinding pada keesokkan hari .
 

ubahsuai rumah pada harga murah

Harap anda mendapat sedikit idea untuk proses renovation yang anda akan buat pada masa depan . Kalau ada sebarang pertanyaan , soalan atau mahu mendapatkan quotation harga bagi renovation rumah anda , boleh isi ruangan Hubungi Kami di sebelah atau bawah ini ea . Abam akan hubungi anda semula untuk perbincangan .
Sehingga berjumpa lagi untuk bahagian ketiga.

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home