DIY Baiki Rumah Usang Ke Home Sawit Home Bermula Beserta Tips D1-D4

108
SHARE
DIY Baiki Rumah Usang Ke Home Sawit Home Bermula Beserta Tips D1-D4

Setelah lama abam duk rancang-rancang macam mana mahu renovate rumah ni dengan lingkungan kos yang ditetapkan , so bermulah hari nya . Oleh sebab kesuntukkan masa ( ramai yang bookingnya ) bagi pihak tukang yang diimport khas dari kg abam , maka bermulalah proses renovation rumah usang ini

Seperti mana abam dah jelaskan di artikel ini ubah suai yang banyak tapi waktu yang suntuk , abam , ayah dan tukang bekerja dari jam 7 pagi sehingga ke 7 malam . Memang penat oiii …

Nasib baik makannya sedap wife masakkan 3 kali sehari . Tq syg ..hee 

Hari Pertama – Ahad 
Tingkap asal neco di dalam bilik abam buang dan gantikan dengan tingkap aluminium beserta grill yang dibeli 2 in 1 . Maksudnya sekali pakej dah dia datang . Sangat jimat masa sebab biasanya kita buat tingkap di kedai kaca sebelum proceed ke gril. Tapi yang ni dah siap semua . Tunggu pasang ja. Cun/
 
Siap pasang tingkap , tutup lubang atas untuk kurangkan bunyi luar . Plaster next step 
World Wide Web Consortium Home

Next step , abam akan pasang dan ganti tingkap kedua  , pasang frame pintu baru untuk bahagian depan rumah , dengan alihkan dinding ke depan sebanyak 5 kaki ke depan. Proses dilakukan dengan tebuk lubang pada lantai , dan dinding untuk wujudkan benang tarikkan antara dinding baru yang akan dibina dengan permukaan lama. So make sure anda perhatikan ini . Kalau ada yang tawarkan baiki rumah pada harga murah , pastikan sama ada diorang buat tak ni, . Kalau x menyesal di kemudian nak baiki balik dinding yg condong . 

Proses tebuk dinding tuk ikatan dinding baru . 5 kaki ke depan anjak
 
 
Tukang yang juga sepupu abam . Sama umur kami
Abam pula bekerja di belakang di bahagian dapur, Runtuhkan kabinet dapur yang lama . 
 
Senang gila prosesnya sebab tuan rumah lama just gores dinding sedikit . Binaan seperti ini tak kukuh. 
 So sedikit tips dari abam , kalau anda upah kontraktor buat kabinet dapur dan mahu tiles pada dinding , perhatikan sama ada dia gores tebal dinding , untuk elak tiles mudah tertanggal didepan hari . 
Proses runtuhkan dinding antara dapur asal dengan bilik juga telah bermula hari ini . Banyak tak kami buat kerja ? Sebab kerja dari jam 7 pagi sehingga 7 malam . Berhenti makan dan solat sahaja . Fuhhhh…
Hari Kedua – Isnin
Yeah , hari Isnin . Untuk hari bekerja , abam hanya mampu tolong selepas jam 2 – 7 sahaja disebabkan bekerja . Jadi tukang dibantu dengan ayah abam . Awal lagi dah bangun untuk bekerja . Dari jam 7 lagi . Jom tengok proses renovation rumah tuk hari kedua ni . 

Dah siap runtuhkan semua kabinet dapur yang lama  . Nampak tak banyak kerosakan diperlukan disebabkan owner lama just men tampal je atas simen…Tak patut…Tapi menyenangkan kerja kami …hee 

 Siap ikat bata dinding baru , tambah pintu frame dari kayu resak yang tahan lama dan juga pemasangan tingkap baru beserta grill . Next step , akan diplaster sekaligus . Kerja ini semua memakan masa setengah hari. 

Biarkan barang-barang berselerak dulu , demi home sawit home di kemudian hari  . ..

Jadi kami teruskan kerja renovation rumah dengan asas tapak kabinet dapur menggunakan bata . Kalau anda dapat kabinet dapur pada kos yang murah , cuba perhatikan , kebanyakan mereka just buat dinding asing 2-3 inci dan cantumkan semula tuk jimat kos. Aishhhh .. Sila perhatikan bila mereka tawarkan harga yang murah . Murah pada masa sekarang tapi terpaksa keluarkan kos  hampir sekali ganda lebih lagi  di kemudian untuk baiki adalah sangat tidak berbaloi bagi abam ni ha.

Proses pecahkan dinding sempadan dapur lama dan bilik disambung . Kalau anda dapat lihat , kabinet tu dah siap tapak , tapi abam last minit tukar plan mahu jadikan itu ruangan makan , so dapur akan diahlikan di tapak lama dengan pengubahsuaian  

Selesai untuk hari kedua , terus abam cuci lantai dengan waterjet . Puas hati , mudah kerja dan bersih

Hari Ketiga – Selasa
Tukang dan ayah mulakan hari ini dengan runtuhkan dinding depan yang telah dianjak ke depan , Jadi buang semua habis . Walaupun hanya buka 5 kaki ke depan , bila dh siap , wowwww…. nampak luas . Cunn…

Tengahari dah siap buang semua dan bersihkan timbunan habuk beserta batu ke dalam tempat sepatutnya  Pintu belum diletakkan lagi . Dinding lama disapu simen dan akan diplaster sekali gus bersama bahagian lain.

Ayah teruskan dengan bersihkan  bahagian dapur. Dengan kerajinan dia yang awesome , dengan sebelah-sebealah kawasan rumah jiran bersih . Jadi ada ruang kosong tuk abam teruskan misi spray grill.  

Rumah lama ni dah mempunyai grill tuk pintu depan dan belakang , tapi faham-faham jelah , rumah dh lama ,grill pon kusam mula keluar karat . Abam cabut buang grill , gosok dengan kertas pasir bagi smooth permukaan , tambah cat dalam cup dan menggunakan compressor yang abam beli tahun lepas , start misi spray. 
Hasilnya ? Puas hati tengok hitam berkilat melekat. Dah siap 2 layer asas. Nanti sambung next step tuk spray lagi bagi finishing cantik elok . 
Hari Keempat – Rabu
Hari ini yang paling penat , bukan apa , disebabkan abam mahu bina ruang stor , ruang bertukang dan bilik kedua di atas kawasan lapang yang sekankang kera . Untuk jadikan rumah bersih dan elok pemandangan mata , abam tak robohkan dinding lama.

Untuk cepatkan masa dalam mengejar misi dateline 2 minggu , abam gunakan tiang siap berkualiti tinggi . 1 tiang 10 kaki , 3 tiang 9 kaki. Hampir 2 hari jimat sebab dah skip waktu untuk pasang kotak , ikat besi dan sebagainya .So tukang akan drill lubang pada dinding dan abam bersama ayah akan gaul simen untuk isikan konkrit bagi kukuhkan tapak dan wujudkan benang baru . 
 

Dan ruang dinding pada bahagian dapur dengan bilik dah siap dibelah , dihammer dah . Memang penat oiiii…Lepas insyak dah lena dah semua termasuk abam …..hee

So untuk next step proses yang banyak lagi tuk baiki rumah usang ni , anda boleh polo abam di sini ya.,. Sampai berjumpa lagi . 

 
 
 
 
 
 
 

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home