DIY Kitchen Kabinet Citarasa Sendiri Tapi Jimat 4-5K

1863
SHARE
DIY Kitchen Kabinet dari kosong kepada siap , Untuk anda yang mahu mengikut citarasa tetapi dapat jimat wang dengan kualiti yang terbaik

Kitchen Kabinet antara perabot yang perlu ada di ruang dapur tidak kira besar atau kecil , mewah atau sederhana , berpintu atau tidak . Kepentingan nya untuk menyusun barang dengan teratur , memaksimakan keluasan ruang dapur dan tentu sekali untuk dapur lebih kemas kan.

Tapi harga kitchen kabinet yang menepati citarasa pilihan seringkali melampaui dari bajet sedia ada yang buatkan akhirnya susun ja mana boleh atau beli almari sikit-sikit atau rak dapur. So kali ni kami bawakan update rekaan sendiri kitchen kabinet kami , yang dibuat secara diy , berkualiti tinggi menggunakan bahan-bahan seperti rekaan sedia ada dalam pasaran dan semuanya.

So pertama sekali ukur keluasan kitchen kabinet anda , tentukan ruangan apa yang mahu anda buat , sepeti saya , saya bahagikan kepada 5 ruang kitchen kabinet seperti tempat letak tong gas , sos/beras , pinggan mangkuk , tempat sangkut kuali periuk dan ruang simpanan alat elektrik .

Nak buat guna material apa ? Anda boleh pilih menggunakan playwood 15mm atau 18mm , mdf atau block board seperti saya iaitu 18mm. Tebal dan kukuh . Sangat direkomen . Perlu diingat , jika mahu gunakan skirting kemasan , anda ada dua pilihan ketinggian dinding kabinet bawah dari lantai iaitu 4 inci  dan 6 inci . Gunakan panduan ini kerana memudahkan anda mencari skirting / penutup lantai kerana ianya terdapat dalam dua saiz ini.
BACA DI LINK BARU : 30 Minit Sup Tulang Siam Mengancam Dengan Pressure Cooker Philips

ruang kabinet dapur
4×8 block board . Kualiti bagus .

Semua barangan yang diperlukan saya dapatkan daripada kedai menjual kelengkapan perabot yang boleh anda cari di kawasan sekitar atau hardware. Saya juga gunakan barang dari mydin. Jom intai proses membuat kitchen kabinet diy yang mana kali ini sy berikan proses membuat rangka dulu .
.
Tools anda boleh guna circular saw diy sahaja untuk memotong blockboard . Saya gunakan yang berkualiti kerana untuk kegunaan jangka masa yang lama dan ini minat. Untuk memudahkan proses pemasangan nanti , buat satu demi satu  ruang kabinet anda .
.
Untuk dapatkan warna kitchen kabinet mengikut citarasa seperti anda mahu , boleh gunakan kemasan formica . Ianya adalah salah satu lapisan laminate yang akan ditampal . So saya gunakan dua warn dan corak . Merah glass dan ira kayu grey. Saiz yang sama . 4×8 kaki

kitchen kabinet murah
Siri 2 nanti sy tunjukkan hasil yang telah siap

Untuk kuatkan rangka , saya gunakan kayu 1×2 inci . Ini ruang tempat letak tong gas dan juga pinggan mangkuk .

cara buat kitchen kabinet
Ianya tidak bersambung lagi. Sengaja sy rapatkan dahulu

Sengaja saya lapik dua pada ruang tong gas dan gunakan lagi alang bawah. Untuk tampung berat tong gas. Puas hati . Kukuh siap boleh berdiri lagi atas tu dengan berat badan saya dalam 75kg.

bina kitchen kabinet mudah
Alang bawah untuk ruang tong gas

Untuk rak pinggan , sy belikan terlebih dahulu raknya , dan barulah diukur saiz lebar kitchen kabinet untuk ruang ini. Salam 900mm lebar . Stainles steel . Harga RM180 untuk satu set atas bawah . Puas hati. Untuk ruangan menyangkut periuk , saya ubah suai penyangkut yang dibeli di mydin . potong pada saiz yang dikendaki dan tampal . Siap , senang dan memudahkan kerja tanpa perlu berfikir susah-susah serta cantik pada pandangan mata.

kitchen kabinet murah berbaloi cantik
Ruang menyangkut periuk kuali

Dalam masa seminggu juga saya buat selepas balik kerja . Sebab tak rushing so enjoy sambil buat . Untuk dapatkan hasil yang kemas , pastikan ukuran diukur dan dipotong dengan cantik. Siap 5 ruangan asas kabinet dapur untuk rangka.
BACA DI LINK BARU : Resepi Carrot Cake Dengan Cream Cheese Yang Pasti Menjadi

kitchen kabinet rekaan sendiri
5 ruangan yang saya mahu

Wall skirting bawah dalam gambar belum saya pasang , proses levelling dan cantumkan kesemuanya juga belum . Jadi untuk next step , saya akan buat proses levelling untuk samakan dengan lantai , tambah finishing pada bahagian atas , lekatkan ruang kabinet dapur , buat pintu dan tampal formica. Jadi jika anda nak tengok hasilnya , kena tunggu next update ya. Kalau ada sebarang pertanyaan , boleh hubungi saya melalui klik link ini.
Hubungi Saya

Comments

comments