DIY Kitchen Kabinet Konkrit Dan Tiles Bajet Sederhana

1366
SHARE
Dengan tips dan panduan , apa kata anda diy sendiri kitchen kabinet mengikut idea dan citarasa sendiri . Mesti lepasni cun hasil dapur impian anda.

Untuk mereka yang mahukan kitchen kabinet yang cantik dan kemas tapi di bawah bajet , apa kata diy kitchen kabinet anda sendiri mengikut cita rasa dan pilihan . Kali ini saya akan berikan tips untuk anda bina table top konkrit untuk kitchen kabinet supaya tahan bertahun tanpa ada masalah .

Kenapa saya lebih suka guna table top daripada konkit berbanding yang dijual di pasaran ? Sebab dari segi ketahanan , tiada yang dapat lawan konkrit . Anda nak letak peti pun boleh di atasnya tanpa rasa bimbang kitchen kabinet anda runtuh . Lagipun kena air tiada masalah . So jom tengok camna nk buat kitchen kabinet dalam lingkungan bajet sederhana tapi ketahanan dan kualiti terjamin . 

Tentukan tempat di mana lokasi dapur anda berada dan biasanya lebar permukaan table top adalah 2 kaki lebar beserta 3 kaki tinggi atau mengikut pilihan anda sendiri . So kalau dah ada kabinet yang asal , kita runtuhkan dulu . 
buat sendiri kicthen kabinetJadi yang asal seperti anda lihat , dengan kabinet dan sinki yang kecik dan tidak menepati citarasa , jadi tanpa banyak bicara, saya runtuhkan dulu. Ok nak runtuhkan just guna drill hammer .
buat sendiri kicthen kabinetSangat senang buang semua ni sebab owner lama just upah tukang yang asal siap ja. Takde guna besi pun dan tiles mudah tanggal sebab tidak cukup simen. Bila dah siap semua tanggal , masa untuk  bina kerangka dan juga tebuk lubang pada dinding konkrit untuk dimasukkan besi supaya kukuh.

World Wide Web Consortium Home

BACA DI LINK BARU :Ini Resepi Donut Gebu Hanya Dalam 30 Minit Sahaja
buat sendiri kicthen kabinetKerangka untuk acuan konkrit dibuat daripada playwood dan kayu 1×2 inci untuk menampung berat acuan kemudian. Jadi bila dah siap kerangka , proses menebuk lubang pada dinding dilakukan.
buat kitchen kabinet murahBila anda buat sendiri kitchen kabinet ni , jangan malu untuk masukkan besi banyak . Lagi banyak lagi kukuh . Itu sebab saya cakap , letak peti ais pun tak de masalah untuk kemudian nanti. Lepas dh siap ikat besi , dah boleh start tuang konkrit . 
buat kitchen kabinet murahSimen tu anda gaul sedikit cair iaitu gunakan kuantiti air yang banyak sedikit. Normal nisbah yang saya gunakan 2 kereta pasir dengan 1 beg simen . Lepas dah gaul sebati , isi dan tuang. Samakan permukaan konkrit lepas tu biarkan ianya mengeras elok 2-3 hari sebelum buang kerangka kayu.
buat kitchen kabinet mudahSeterusnya , masa untuk pasang tiles. Tiles yang saya guna bersaiz 2×2 kaki . Untuk tiles tahan lama lekatan dan juga tidak rosak di masa hadapan , ada teknik tersendiri yang perlu digunakan . Lekatkan pada kedua-dua belah simen sebelum tiles ditampal . Proses menutup permukaan kitchen kabinet dengan tiles memakan masa dua hari .

BACA DI LINK BARU : Sambal Petai Ikan Masin Pasti Membuka Selera
buat kitchen kabinet mudah buat kitchen kabinet mudahDah siap pemasangan tiles , anda perlu basuh dengan air limau 3-4 kli untuk hilangkan debu simen . Memang tak kan hilang debu simen tu jika dibasuh dengan air dan sabun biasa. Kalau malas gunakan air limau , boleh juga guna asid hidroklorik yang dijual di kedai hardware , tapi perlu tahu langkah keselamatan sebelum guna pada permukaan dapur anda. 

Disebabkan saya pasang sinki baru , jadi untuk mudahkan kerja sekiranya salur paip sinki tersumbat di masa hadapan , saya tambahkan corong untuk mudah jolok wayar sekiranya tersumbat .Beli ja penutup paip untuk saiz yang dikendaki , lepas tu tutup ja corong. Setel.

Ok dah tahu sekarang kan camna nak buat ? Nanti saya update untuk part install sendiri rak bawah dan atas tuk kabinet dapur . Kalau ada sebarang pertanyaan , boleh hubungi saya melalui klik link ini.
Hubungi Saya

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home