DIY Renovation Rumah Usang Bahagian 3 Ke Home Sawit Home Beserta Tips Dan Panduan D10-D16

514
SHARE
Proses renovate rumah

Akhirnya , proses renovation rumah berada di final week dengan baki kerja yang masih banyak lagi . Memang tak cukup tangan turun seawal jam 7 pagi sehingga 7.30 malam demi menyiapkan baki kerja . Antara proses renovation  yang masih belum siap adalah plaster , table top simen untuk kabinet dapur , tanda dan sedikit touch up di bahagian lain.

Jom tengok antara proses renovation rumah usang ini dari hari ke 10 sehingga hari ke 16 . Akhirnya dah mula menampakkan home sawit home sedikit demi sedikit sepanjang tempoh ini di final week ini. Ada satu lagi bahagian terakhir untuk fasa asas renovate kali ini.

Hari Kesepuluh – Selasa
Proses pemasangan bumbung baru disiapkan sepenuhnya pada hari ini termasuklah pada bahagian tepi asal bumbung lama dan baru dengan penambahan lapisan zink untuk mengelakkan daripada air hujan terus membasahi kayu tepi.

kontraktor renovate rumah
Proses pemasangan bumbung siap sepenuhnya

Selepas sahaja siap , terus ke proses ikat bata dinding untuk tandas no 2 dan juga ruang makan . Senang bila ada tandas serta bilik air tambahan terutama bila ahli keluarga datang daripada kg . Tak perlu nak menunggu lama jika emergency ..hee

proses renovate mudah
Dinding sempadan tandas dan ruangan stor belakang
World Wide Web Consortium Home

Kualiti yang ditunjukkan oleh team abang jelas dapat dilihat pada mata kasar . Dengan lurus dan licin kemasan permukaan bata yang diikat . Ada sesetengah tukang yang bila anda tengok diorang ikat bata ketika renovation rumah , ya Allah , mengurut dada.
Apa taknya, dengan bengkok , dengan simen tak cukup . Dengan tiada besi . Tu yang murah tapi tak sampai setahun dah retak . Apa cerita kan ?

BACA BAHAGIAN 1 DISINI : DIY Baiki Rumah Usang Ke Home Sawit Home Bermula Beserta Tips D1-D4

renovate rumah
Besi yang dicucuk untuk ruangan pintu masuk ke ruang stor

Hari Kesebelas – Rabu
Ruang depan iaitu bahagian bumbung yang usang dengan kayunya abes buruk akibat saluran air yang bocor mula dibuang siling lama . Untuk proses penggantian , abam akan gunakan teknik penyambungan skru bersaiz 7 inci yang bermakna 2 lapis kayu baru akan ditambah. Memang berkali ganda kuat daripada asal. Selepas siling dibuang , sambung semula proses ikat bata untuk sempadan pagar utama. Abam naikkan setinggi hampir 2 kaki lebih dengan 4 biji lubang angin.

proses renovation rumah
Dinding sempadan dinaikkan hampir 2 kaki lebih . wuuu

Selepas makan tengahari , sambung semula proses renovation rumah di bahagian semalam iaitu tambah rangka pintu masuk ke ruang stor dan juga tutup abes ruangan makan dengan penambahan ekzos fan .

Renovation rumah
Siap . 4 ekzos fan keseluruhan gunaa….hee
proses renovation rumah
Tambah frame pintu masuk ke ruang stord

Hari Kedua belas – Khamis
Bahagian ini yang buat rasa menunggu tidak sabar . Ya untuk kabinet dapur. Untuk binaan yang lebih kukuh , kami menggunakan table top jenis konkrit . Jom tengok proses memasukkan besi dan  konkrit ke dalam acuan yang telah siap dibentuk. Acuan kabinet memakan masa dari pagi sehingga ke tengahari . Nampak senang bukan ? Tetapi untuk dapatkan permukaan yang sama tinggi dan rata serta kualiti yang tinggi yang sentiasa menjadi objektif pertama memerlukan masa yang secukupnya.

renovate kabinet dapur
Proses pemasangan besi cerucuk ke dindin untuk acuan kabinet dapur
renovate kabinet dapur
Nampak x besi nya ? Memang berkali ganda kukuh
renovate kabinet dapur
Proses pengisian konkrit selesai

Untuk kemasan , seperti biasa kami akan gunakan tiles 2×2 sebagai finishing nanti . Lebar lebih kurang 2 kaki lebih dengan tebal hampir 4 inci dan panjang sekitar 6 kaki. Di sebelah petangnya , proses memotong kayu alang bumbung yang rosak dimulakan .

renovate rumah
Proses gantikan kayu yang rosak bermula untuk bumbung

Hari Ketiga belas – Jumaat
Yes, Hari ini cuti umum untuk tempat kerja , Boleh lah bantutukang dan ayah renovate bumbung yang banyak rosak ni. Kami mulakan dengan gabung kayu 2×5 sebanyak 2 batang. Menggunakan skru 7 inci , jadi sebanyak 6 inci akan digunakan . Proses menebuk lubang pada kayu memang memakan masa sebab kayunya keras..sakit belikat .hee.. Tambahan pula , saiz mata drill yang digunakan kecik , terpaksa la melenggang lubang sehingga kepada saiz yang dikendaki .

renovate bumbung
Proses mengejack naik kepada ketinggian yang dikendaki

Pertama , kayu utama bumbung disambung baru sebelum proses penggantian kayu 2×3 iaitu kayu untuk kerangka siling juga diganti . Selepas solat jumaat , kami teruskan pula dengan ganti baru tangki air lama yang usang dan bocor. Haish …mereput dah tangki lama ni.
Jadi untuk menaikkan tangki baru , siling di tempat yang sesuai perlu dibuka dan dipotong. Tangki kami guna 150 gelen.

renovate rumah
Buka dan potong area siling tuk naikkan tangki

Lepas bizi sibuk setting semula sambungan paip dan tapak baru , akhirnya hari ini diakhiri dengan siap sepenuhnya tangki

renovate rumah
Tangki baru 150 gelen

Hari Keempat Belas – Sabtu
Seawal pagi , proses ganti kayu lama , buat kayu sokongan dengan akhir sekali masukkan siling baru . Memang sangat leceh tapi nasib baiklah kerja nya senang dibantu dengan power tools. Yeay tak sia-sia kumpul barang dari tahun lepas untuk ni. Seharian Sabtu dihabiskan untuk proses renovation bumbung ini.

ganti bumbung rumah rosak
Akhirnya ,kepingan siling baru

Hari Kelima Belas – Ahad 
Akhirnya ,final week untuk proses renovate rumah usang bermula . Masa untuk plasterkan dinding. Memang terbaik hasil kerja my tukang dengan kualiti yang akan anda tengok . Hari ini target untuk ruangan depan . Jadi menggunakan nisbah 1 beg 50kg simen dengan dua kereta sorong pasir , menggaul lah abam sehingga sebati .

Memang tak sempat nak ambil gambar ketika proses plaster disebabkan abam bz gaul dan angkut baldi simen dan tolong plasterkan tuk lapisan pertama . Untuk hasil kemasan yang cantik , proses plaster simen dimulakan dengan lapisan pertama , lapisan kedua , levelling dan gosok dengan kayu dengan disudahi dengan gosokkan span basah bagi hasil yang tip top. Tak sesetengah bagi mereka yang ambil jalan singkat dengan plaster kasar , hasil yang kurang kemas tapi ditutup dengan simen kapur untuk nampak licin. Lama – kelamaaan dinding anda akan berkeping. Kan ?
BACA BAHAGIAN 2 DISINI : DIY Baiki Rumah Usang Bahagian 2 Ke Home Sawit Home Beserta Tips Dan Panduan D5-D9

renovation rumah
Hasil akhir . Kualiti jelas terpapar di mata anda .
Renovate rumah
Hasil baru vs hasil lama . Yang lama siap retak.ishhh

Melihat hasil plaster , hilang segala penat . Kami sasarkan 3 hari lagi untuk plaster keseluruhan semua bahagian rumah yang terlibat.

Hari Keenam Belas – Isnin
Proses plaster simen ke bahagian belakang dan team wiring dipanggil semula untuk siapkan plug-plug yang banyak ditambah semula . Kata abam wiring , rumah abam ni tak padan dengan size , plug nya banyak. Alang-alang buat n malas guna extension yang nampak x cantik , so abam letak banyak terus waktu renovation rumah ni .

renovate rumah
Tebuk jangan tak tebuk bang

Menjelang petang , bahagian luar rumah siap diplaster dengan kualiti yang awesomee.
renovate dinding rumah

renovate dinding rumah
Menunggu plaster kering

Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar cuma akibat penambahan kerja renovation rumah yang tidak disangka seperti penggantian tangki dan juga ruangan depan , untuk masa sekarang abam terpaksa tangguhkan pembinaan tandas kedua akibat tukang terpaksa pula ke kampung untuk siapkan projek-projek yang menunggu .

Untuk bahagian akhir fasa pembinaan , abam akan update lagi . Diharapkan anda dapat idea dan ilmu untuk hasil yang berkualiti untuk renovation rumah. Jangan kerana harga yang ditawarkan oleh tukang murah , tetapi 2-3 bulan lepas tu terpaksa keluarkan modal yang lebih banyak untuk baiki akibat retak , bocor , tak kukuh dan sebagainya . Proses renovation yang dibuat perlu diteliti dan disemak agar menepati kualiti yang diperlukan.

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home