DIY Tutorial Mudah Cat Gril Berkarat Kepada Berwajah Baru

119
SHARE
DIY Tutorial Mudah Cat Gril Berkarat Kepada Berwajah Baru

Boleh dikatakan , setiap rumah mesti ada pasang gril kan tuk tingkap dan rumah ? Tak kira lah macam mana rekaan gril sama ada design lama or moden , tapi gril untuk tingkap dan pintu mesti tak dilupakan untuk membantu dalam keselamatan penghuninya . Tapi yang tak tahan , tak sampai 2-3 tahun , dah mula berkarat . Kenapa mudah berkarat ? Sebab yang yang digunakan untuk melindungi besi gril berkualiti rendah . Kalau dibiarkan , memang makan modal yang banyak untuk ganti semula .

So cara yang paling praktikal untuk atasi problem ni , cat semula gril. Solution yang berkali ganda murah daripada kena buat baru kan. So alang-alang abam cat grill pintu depan yang belakang dari rumah usang ni , abam bagitau lah sekali ea tutorialnya . Untuk kerja-kerja seperti ini jangan lupa gunakan sarung tangan ya . Untuk elak kecederaan kot kot tertusuk besi tu nanti . Bahaya.

Ok mula-mula cabut dengan buang skru yang melekat pada kerangka dinding. Gunalah skru driver atau grill yang mana ada asalkan tercabut elok . Kan .

Rekaan gril tingkap dan rumah
Lepas dh siap satu baru abam terpikir nk tulis artikel, nasib baik ada satu lagi yang baru cabut .

Lepas dah cabut , lap grill tingkap or pintu dari sebarang habuk dan kotoran yang melekat , selepas itu , gosok dengan kertas pasir untuk licinkan permukaan gril ya. Sebab abam punya jenis yang lama empat segi camni , jadi kerja membersih senang ja . Dah siap gosok buang karat , letak tempat yang mahu dicat , Jangan lupa alas untuk elak cat tumpah merata . Jadi satu hal nak bersihkan nanti .

World Wide Web Consortium Home

Cat gril berkarat

Dah bersihkan semua , tiba masa untuk mengecat .2 cara untuk mengecat , sama ada gunakan brush atau spray tiada masalah . Abam gunakan cara yang mudah , jimat dan cantik sebab bancuh spray ke dalam penyembur angin sahaja . . Tapi teknik mengecat sama sahaja . Oh ya , JANGAN LUPA PAKAI TOPENG untuk elakkan tersedut bau cat ya . SAFETY FIRST

Cat nipis dahulu ke semua bahagian gril depan belakang atas bawah. Cat lapisan pertama ini sekadar untuk menutup semua bahagian yang terdedah pada permukaan karat. Pilih cat untuk besi yang berkualiti dalam kuantiti 1 liter ya. Tambahkan sedikit thinner atau pelarut cat untuk dapatkan kepekatan yang sesuai

Bila dah siap , biarkan kering sekejap dan teruskan dengan lapisan kedua , lapisan kedua ini cat sedikit tebal ke seluruh permukaan gril belakang dan juga depan serta atas bawah untuk melindungi dan mencantikkan gril tingkap dan rumah .

cat gril tingkap rumah
Lpaisan kedua yang telah siap dicat , alang-alang terus cat sekali bingkai tingkap tandas .
Keringkan lapisan kedua dan cat lapisan ketiga sebagai finishing memastikan semua kawasan gril tingkap telah di cat sepenuhnya. Abam spray ja puas hati sebab sekata , cantik dan  sebagainya. Antara gambar gril pintu yang sudah siap sepenuhnya
 
Cat gril pintu
Cat hitam berkilat . Fuhhh..terus berwajah baru
Cat gril pintu
Yang ni pun abam cat sekali harung. Senang

So dah siap , tunggu masa untuk dipasang kembali dengan skrukan balik pada kerangka dinding ya . Tunggu projek-projek DIY yang akan abam upload dari masa ke semasa ya.

 

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home