Ikan Sardin Masak Dengan Pressure Cooker. Jimat Berbaloi-baloi

3773
SHARE
Memang mudahla buat stok ikan sardin sendiri di rumah guna ikan selayang. Hanya 60 minit dan siap dengan tulang anda boleh kunyah seperti ikan sardin .

Kalau dulu ikan sardin untuk orang yang sederhana tapi sekarang tidak lagi. Untul 1 tin, harganya mencapai RM9.00 dengan 3,4 potongan ikan sardin sahaja di dalamnya .

Kurang berbaloi untuk mereka yang ada bilangan ahli keluarga yang ramai. Jadi kami berikan anda resepi macam mana buat ikan sardin sendiri yang 100% sama rasanya dalam tin menggunakan ikan selayang dan juga pressure cooker Philips.

​Bahan-bahan untuk membuat ikan sardin ini kami nyatakan seperti di bawah dan semestinya wajib menggunakan pressure cooker bagi membolehkan rasa seperti ikan sardin ea. Kuantiti boleh di ubah mengikut yang anda mahukan ea.
BACA DI LINK BARU : Sambal Petai Ikan Masin Pasti Membuka Selera

World Wide Web Consortium Home

1.4kg ikan selayang
2 ulas bwg merah dimayang
2 ulas bwg putih ketuk
1 ulas besar bwg besar dimayang
1 cm halia ketuk
3 lada kecil belah dua
220gram / 1 tin kecil tomato puree
2 biji tomato-dadu
1 mangkuk kecik sos tomato
1/2 mangkuk kecik sos cili
600-700 ml air
3 sudu cuka ( tuk tahan lama simpan dlm peti tanpa kulat )
Garam gula serbuk perasa serbuk ketumbar serbuk lada hitam serbuk lada putih

Ok semua bahan untuk memasak ikan sardin sendiri dah siap sedia , jom kita tengok  cara-cara buat ikan sardin yang memang awesomee ni . 
.
Pertama , cara masak (menggunakan periuk pressure cooker Philips.Tekan fungsi bake . Periuk tak perlu ditutup. Masukkan minyak tuk tumis. Bila dh panas masukkan segala jenis bwg , halia , cili Tumis smpai naik bau. Masukkan tomato dadu. Biarkan lembik seketika. Masukkan tomato puree n sos . Masukkan air dan biarkan mendidih sekejap kuah .Sesuaikan rasa dgn bhn di atas . Masukkan ikan.
.
Kedua , Offkan fungsi bake. Tutup. Tekan 50-59 minit n nnt akan dpt rasa isi ikan sebijik seperti  dalam tin termasuklah tuang leh gigit. Kalau 30 minit isinya 60% sahaja rasa sardin n ada lagi rasa ikan rebus.  Keluarkan wap steam dari pressure cooker Philips , buka penutup . Kalau nk pekatkan, tekan fungsi bake n biarkan lg 15 minit tuk pekatkan. 
.BACA DI LINK BARU :Ini Resepi Donut Gebu Hanya Dalam 30 Minit Sahaja
Siap dah ikan  anda . Leh simpan dalam peti untuk tahan lama .Jangan risau , ikan sardin anda tahan lama sbb ada cuka n minyak tuk menghalang kulat daripada membiak. Selamat mencuba. Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home