Ini Baru Betul Resepi Apom Lenggang . Cicah Dengan Sardin Terangkat

12391
SHARE
Bukan susah pon sukatan apom lenggang ni kalau ikut resepi ini. Memang kena cuba untuk buat bekal sarapan. Kena lak apom lenggang cicah dengan sambal bilis.

Nasi lemak , roti canai , nasi berlauk antara hidangan sarapan pagi yang menjadi kebiasaan makanan sarapan  rakyat Malaysia pada masa sekarang. Apa kata anda cuba dengan menu baru  yang pastinya sedap , apom lenggang. Pernah makan ? 

Susah nak mencari resepi yang betul – betul memikat selera . Tapi kali ini kami berikan anda resepi apom lenggang yang pastinya menjadi pilihan anda bila mahu makan bersama dengan sardin atau dicicah dengan kari ayam. Sedapnya lahai. 

Bahan – bahan membuat apom lenggang sangat lah mudah didapati dan tak perlukan masa yang lama.
BACA DI LINK BARU : Manggo Cheese Cake Tak Perlu Dibakar Bersama Tips Bergambar
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8 sudu besar gula
1 cwn air
1 cwn santan pekat
1 biji telur ayam

Betul x senang ja sukatan apom lenggang ni kan . Buat malam , pagi esok sebelum anak-anak ke sekolah dah boleh melenggang dah apom ni kan. Jom kita tengok cara penyediaan apom lenggang ni . 
.
Pertama , masukkan semua bahan yang dinyatakan di atas kecuali santan di dalam satu bekas . Simpan acuan apom lenggang dalam peti sejuk selepas dikacau rata selama 2- 3 jam untuk bagi dia naik lembut tak terasa tepung nya bila masak apom ni nanti. 
.
Kedua ,  bila dah nak guna , masukkan santan dan kacau rata . Gunakan non stick pan untuk dapatkan hasil yang cantik dan tak perlu digris dengan minyak. 
.
Ketiga , panaskan api dengan api kecil , ambil satu senduk adunan apom lenggang dan lenggankan pada non stick pan tadi seperti kuih ketayap . Ala bermula dari tengah dan lenggangkan secara membulat bagi besarkan saiz .
.BACA DI LINK BARU : Resepi Mudah Nugget Ayam Cara Atkins Diet
Keempat , bila dah nampak kekuningan , dah masak la apom lenggang anda tu , bolehlah digulung atau dilipat sepeti tosai kedai mamak tu . Ikut citarasa anda. 
.
So dah siap apom lenggang anda , apalagi , boleh la cicah dengan sardin atau kari ayam atau dengan susu pekat pom dah cukup ummphh kan. Selamat mencuba daripada kami . Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.

Comments

comments