Ini Cara Kenal Pasti Ketam Segar Di Pasar

1339
SHARE
ketam segar , ketam black pepper , resepi ketam mudah , cara buat ketam masak merah

Ketam. Salah satu makanan laut yang menjadi tarikan penggemar seafood. Rasa isi yang manis dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara menjadikan ketam antara top 5 untuk seafood kan. 

Seringkali ketam yang dibeli di pasar basah tidak seelok rupanya pada bahagian dalaman berbanding bentuk luaran yang keras . Tapi jangan risau , kami berikan anda lima tips memilih ketam segar yang perlu anda tahu untuk mendapatkan hasil yang berbaloi dengan pembelian. 

Pertama , ambil ketam dan bau sedikit baunya, ketam segar yang baru ditangkap di laut biasanya mempunyai bau hamis/ bau air laut yang masih kuat . Jika anda tidak menghidu apa-apa atau bau bahan kimia , itu tandanya ketam yang anda beli telah dicampur sesuatu untuk mengekalkan kesegarannya.

World Wide Web Consortium Home

BACA DI LINK BARU : Tips Untuk Jadikan Anda Pakar Membuat Nasi Lemak
.
Kedua , terbalikkan ketam dan sentuh sedikit pada bahagian bawah ketam . Jika ianya keras , itu tanda ketam segar dan isinya masih padat. Mesti manis kan bila buat ketam masak black pepper atau meggi ketam..nyummy!
.
Ketiga , perhatikan di bahagian bawah ketam , jika terdapat tanda – tanda bewarna hitam samar-samar , ya , ketam itu yang patut anda pilih kerana memang segar. Biasanya ketam yang segar berada di lapisan bawah disebabkan ada peniaga yang meletakkan ketam lama pada bahagian atas . Jadi pilih dengan betul ya. 
.
Keempat , bulu pada bahagian kaki ketam iaitu bulu roma masih ada dan tidak tertanggal . Jangan la dibilang bulu tu satu-satu , jenuhh..hee.. Hanya pastikan ianya ada dan pastilah segar isinya. 
.
BACA DI LINK BARU : Jus Kurma Susu Berkhasiat Untuk Badan ?

Kelima , ini yang paling senang , perhatikan warna cangkerang ketam , jikan ianya bewarna terang , itu bermaksud ketam segar . Dan jika warnanya pudar , ketam yang anda bakal beli telah lama sehinggalah memudarkan cangkerangnya.
.
Ilmu memilih ketam segar ini diperolehi oleh Tuan Faiz Sufi iaitu salah seorang usahawan yang menjalankan trading makanan laut termasuklah udang bersaiz triple XL , double XL , kerapu bintik merah yang semuanya pada kelasnya tersendiri. 
.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.
ketam segar , ketam black pepper , resepi ketam mudah , cara buat ketam masak merah

 

 

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home