20000 Share Untuk Resepi Kuah Rojak Buah Ini . Anda Harus Cuba

43759
SHARE
kuah rojak buah , sos buah pekat , kuah rojak buah mamak

Sekarang musim buah kan , segala pokok buah mula berbuah . Lebat di hadapan rumah , pokok mangga . Alangkah sedapnya dimakan  dengan kuah rojak buah yang pekat dan ditabur kacang kan ?

Mahu resepi kuah rojak buah yang semestinya sedap lagi jimat lagi ? Kenapa tak jimat nya , semuanya anda buat sendiri . Baki kuah rojak buah boleh disimpan dalam peti ais dan diguna untuk pada masa akan datang ea . Apalagi , jom tengok cara buat kuah rojak buah yang pastinya menggiurkan ini.

Bahan – bahan kuah rojak buah ini kami sertakan satu persatu khas untuk anda ya. Ini bahan – bahannya :

World Wide Web Consortium Home

1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
300g gula melaka 
1/2 cawan gula pasir
20 gram  belacan yang dibakar dan dihancurkan selepas itu 
1/2 botol kecil sos cili
1 cawan  cili kering kisar
3 sudu bijan yang disangai iaitu goreng tanpa minyak  
125g tepung ubi dan dibancuh dengan air secukupnya
BACA DI LINK BARU : Resepi Cara Buat Kuah Yong Taufu Sedap
Ok semua bahan yang diperlukan untuk memasak sos kuah rojak buah dah tersedia , jom lah kita masak kuah rojak buah lak. Ok cara – cara untuk menyediakan adalah seperti di bawah .
.
Pertama , masukkan semua bahan yang dinyatakan di atas KECUALI bijan sangai dan juga tepung ubi yang dibancuh tadi . Buka api perlahan dan masak sehingga kesemua bahan kuah rojak buah menjadi sebati dan mendidih.
.
Kedua , bila dah mendidih , rasa dan tambah apa yang perlu mengikut selera anak tekak anda. Selepas itu , tuang sedikit demi sedkit tepun ubi yang telah dibancuh tadi sambil dikacau ke dalam adunan kuah rojak buah . Penting untuk anda sentiasa kacau untuk elakkan daripada adunan sos menjadi berketul – ketul.
Ketiga , masak sehingga kuah menjadi pekat dan kelihatan licin menyerlah. Ketika ini , bolehlah anda masukkan bijan yang telah disangai tadi ke dalam adunan .
BACA DI LINK BARU : Video Asam Pedas Melaka Style . Terangkat Habis .
Gaul rata dan tutup api  Biarkan sehingga sejuk dan simpan di dalam bekas tertutup di peti ais . Apalagi , hiriskan mangga dan tabur kacang tanah tumbuk atau sedikit perahan air asam limau kasturi mengikut selera anda dan kami yakin , memang habis togel la biji mangga dicicah dengan kuah rojak buah ni kan. 
.
Selamat mencuba daripada kami , team dari dapur khas untuk anda semua. Jangan lupa untuk mencubanya.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.

 

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home