Terbaik Kari Ayam Campuran Melayu dan India Ini. Anda Harus Cuba

4416
SHARE
Anda harus cuba kari ayam campuran ini. Memang sedap dengan rasa kari dan pekat tanpa memerlukan santan yang banyak . Bertambah nasinya.

Antara masakan yang paling sinonim dengan tekak dan selera kita , kari ayam . Sebut sahaja kari ayam , ramai yang membayangkan kuah pekat dengan santan , atau tanpa santan , menggunakan ayam bandar atau ayam kampung semuanya boleh menjadi hidangan yang sedap jika kena caranya. 

Kali ini kami ingin memberikan satu resepi kari ayam yang sangat sedap iaitu campuran masakan Melayu dan India . Mungkin anda boleh cuba untuk mempelbagaikan jenis hidangan anda dan kami yakin anda terpaksa masak seperti ini lagi di lain masa. 

Jadi apa bahan untuk memasak kari ayam ini ? Kami berikan resepi masakan kari ayam ini berdasarkan 1/2 ekor ayam dan anda boleh ubah suai berdasarkan kepada kuantiti.

BACA DI LINK BARU :Resepi Roti Jala Istimewa Dengan Kari Ayam

1/2 ekor ayam 
Rempah tiga sekawan – Bunga cengkih , kayu manis , biji pelaga
2 sudu makan pes bawang putih dan halia
2 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah saiz sederhana
2 biji tomato
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk lada 
1 sudu makan serbuk kunyit
100ml santan pekat
Air secukupnya
Garam , gula
Sayur jika mahu 

Okay , jadi anda dah sediakan semua bahan untuk memasak kari ayam campuran ini , jadi kami teruskan kepada cara untuk masak kari ayam ini ya. 
.
Pertama , panaskan minyak untuk menumis , selepas itu tumiskan rempah tiga sekawan sehingga naik bau dan masukkan pula pes bawang putih bersama halia. Kacau sehingga naik bau. Guna api kecil sahaja ya. Selepas itu , masukkan pula daun akri dan tumis sehingga semerbau baunya. 
.
Kedua , masukkan hirisan bawang yang dimayang tadi dan kacau sesekali sehinggalah bawang menjadi lembut. Masukkan secubit garam selepas hirisan bawang dimasukkan agar bawang menjadi cepat lembut. Selepas itu barulah dimasukkan pula hirisan tomato yang didadu . Masukkan lagi secubit garam dan biarkan sehingga tomato menjadi lembut . Hanya langkah ini dalam masakan kari ayam yang mengambil masa. 
.BACA DI LINK BARU : Sambal Belacan Terbaik Step by Step
Ketiga, selepas semuanya lembut di atas , barulah dimasukkan campuran serbuk kari , serbuk lada merah , serbuk kunyit dan kacau sehingga pecah minyak . 
.
Keempat, masukkan ayam yang berkuantiti 1/2 ekor tadi dan gaul sehingga semua rempah melekat elok pada ayam dan barulah ditambahkan dengan santan pekat dan juga air sehingga mencukupi.Masukkan sayuran seperti kacang panjang dan terung jika mahu.  Jangan gunakan banyak santan kerana masakan kari ayam kali ini lebih mementingkan rasa kari India ya. 
.
Kelima , besarkan api dan tunggu sehingga mendidih dan barulah disesuaikan rasa  garam ,gula dan serbuk pasti sedap jika anda mahu. 

Memang sedap dan kami terpaksa akui , kami terpikat dengan gaya masakan seperti ini ditambah pula dengan makan sambal belacan. Wow. So anda harus cuba ya kari ayam campuran Melayu dan India ni ea. Selamat mencuba.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.

Comments

comments