Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Beserta Tips

40397
SHARE
Cara buat lengkap dengan tips dan teknik untuk akak dapatkan kek coklat karamel kukus yang betul-betul lembap dan puas hati. Sedapnya kek dengan karamel kan

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur.com yang mencari pelbagai resepi mudah. Kali ini, kami akan tunjukkan cara buat kek coklat karamel kukus dua versi . Akak boleh pilih mahu yang mana tuk dapatkan hasil kek coklat yang lembab dengan cara kukus beserta tips kami berikan.

Bagi yang pertama kali mahu membuat kek atau biskut, kami mencadangkan akak dapatkan pengalaman dan teknik di artikel ini. 7 TIPS DARI PAKAR UNTUK PENYEDIAAN KEK terlebih dahulu bagi memahirkan diri . 

Untuk kek coklat yang dilapisi dengan karamel ni , kami akan tunjukkan dua versi mudah membuat kek coklat . Pertama, mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk karamel dan puding.

Bahan dan Cara Membuat Karamel 

Panaskan periuk dengan api kecil dan masukkan 2 sudu besar gula . Biarkan ianya mencair secara perlahan – lahan . Apabila gula sudah cair, tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 / segi empat bagi membentuk tapak/base karamel. Goyangkan sedikit loyang supaya semua kawasan di litupi. Siap .

Bahan dan Cara Membuat Puding

Sediakan 4 biji telur gred A , 1 tin susu cair apa-apa jenama, 2 sudu gula ( kami kurangkan dari 3 sudu sebab tak suka manis ) 1 sudu teh esen vanilla .

Cara membuatnya, menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana , pukul telur bersama gula sehingga sebati dan gula tidak kelihatan . Masukkan susu cair dan esen vanila. Kacau sehingga semuanya sebati dan tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi lapisan karamel itu tadi.

Isikan air dalam lapisan bawah pengukus , panaskan seketika pada api besar seketika sehingga panas, barulah api dikecilkan pada tahap sederhana , masukkan lapisan kedua pengukus , letak loyang yang mengandungi campuran puding dan karamel itu tadi. Kukus selama 30 minit lebih kurang. TIPS – BALUT PENUTUP PENGUKUS DENGAN KAIN BERSIH UNTUK ELAKKAN WAP AIR MENITIK KE DALAM ADUNAN

Apabila sudah masak, biarkan sehingga betul-betul sejuk. Siap bab lapisan atas kek coklat karamel kukus ini.

Bahan dan Cara Membuat Kek Coklat

Untuk mencepatkan masa , kami menggunkan PRAZTEL MOIST CAKE POWDER yang lengkap disertakan dengan cara penyediaan di dalam bungkusan  dan perlu di tambah hanya telur , minyak , susu serta air panas sahaja. Boleh dapatkan dengan kami di inbox RESEPI KEK & PUDING . Selepas itu , tuangkan campuran ke atas lapisan puding dan karamel , serta kukus kembali pada 50-60 minit .

Siap kek coklat karamel kukus kami . Untuk resepi kek coklat  sendiri, anda boleh tengok di bawah ini.

TIPS – JANGAN BUKA PENGUKUS SEBELUM 50 MINIT , TUTUP PENUTUP PENGUKUS DENGAN TUALA, CUCUK LIDI KE TENGAH KEK UNTUK KETAHUI SUDAH MASAK ATAU BELOM. KALAU KEK X MELEKAT PADA LIDI , MASAK DAH.

Praztel Moist Choc Cake
Praztel Moist Choc Cake

Kalau tiada praztelz kek coklat, akak guna bahan dan cara ini.

Masukkan 1 cawan susu pekat , 1 cawan susu cair, 1 cawan minyak masak , 1 cawan gula, 1 cawan serbuk koko ke dalam periuk dan panaskan pada api kecil sehingga campuran sebati selama 4-5 minit. Sukat guna cawan yang sama. Selepas itu biarkan seketika .

3 biji telur gred A akak blend atau kacau dengan hand mixer pada kelajuan tinggi .Ketepikan.

Ayak 1 cawan tepung gandum, 1 sudu teh baking powder, 1 sudu teh soda bkarbonat dan kacau sedikit

Masukkan bahan yang di ayak ke dalam periuk tadi secara berselang seli dengan telur dan kacau sebati sehingga semuanya bercampur elok. Tapiskan ke dalam adunan puding karamel menggunakan senduk untuk elakkan dari pecah lapisan puding itu tadi. Kukus selama 50-60 minit dan gunakan tips yang sama .

Siap.

Memang sangat lengkap kami sediakan untuk akak kan ? Supaya akak dapat hasil yang terbaik dan betul-betul berpuas hati

Jangan lupa kongsi gambar yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Untuk resepi lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke Kategori Resepi kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH resepi akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih .

.

 

Comments

comments