Kek Kastard Paling Senang Dan Ringkas

9776
SHARE
Memang lembut hKek Kastard Paling Senang Dan Ringkas . Cara buat yang mudah dan masa pembakaran hanya 30 minit. Jom cuba buat. Insyaallah puas hati taw.
Memang lembut hKek Kastard Paling Senang Dan Ringkas . Cara buat yang mudah dan masa pembakaran hanya 30 minit. Jom cuba buat. Insyaallah puas hati taw.

Assalamualaikum dan salam hujung minggu kepada anda pengunjung dari dapur dot com yang sentiasa menjadikan web ini sebagai pilihan untuk resepi mudah . Kali ini, kami bawakan anda resepi Kek Kastard Paling Senang Dan Ringkas . Sesuai dengan namanya, memang sungguh ringkas dan senang cara pembuatan kek ini. Jom kita lihat cara-cara pembuatannya.

Sebelum bermula, disarankan anda membaca artikel ini untuk mempertingkatkan lagi kemahiran anda.

6 Kesilapan Membuat Kek Yang Perlu Anda Elak

Bahan – Bahan Kek Kastard Paling Senang Dan Ringkas

125 gram butter yang berada pada suhu bilik
1/3 cawan gula kastor
1 biji telur gred  A
3/4 cawan selfraising flour/tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard

Tips – Gunakan cawan yang sama untuk pastikan kek kastard anda menjadi yang terbaik.

Bahan untuk Inti Kastard

1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15 gram butter
2 sudu teh esen vanilla

Larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu. Apabila sebati, panaskan dengan api kecil sehingga mendidih. Selepas itu, barulah dimasukkan butter dan esen vanila. Tutup api dan sejukkan seketika.

5
Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.


Cara – Cara Penyediaan :

Pertama , menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana, masukkan mentega bersama gula sekaligus dan pukul rata sehingga kembang. Pastikan gula hancur. Selepas itu, masukkan telur dan akhir sekali, masukkan semua tepung  . Kacau pada kelajuan terkecil sehingga sebati.

Kedua , alas loyang yang boleh dibuka dibawahnya ( kami gunakan acuan berbunga sebab untuk nampak cantik – sangat susah ) dengan kertas pembakar kek untuk elakkan kek melekat. Panaskan juga oven pada suhu 180’C selama 10 minit.

Ketiga, isikan loyang ( kami gunakan acuan berbunga sebab untuk nampak cantik – sangat susah )  yang boleh dibuka dengan separuh adunan tepung kek . Selepas itu isikan dengan inti kastard .Akhir sekali, barulah dituang separuh lagi adunan tepung kek. Bakar selama 30 minit pada suhu 180’C bergantung pada oven anda.

Siap dah kan. Memang sangat senang kek kastard ini.  Rasanya sungguh lembut dan hati-hati, kek ini mudah terurai.

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Kek Red Velvet Kukus Step By Step
Cheesecake Resepi Bergambar

Oreo Cheesecake Power Non Bake

serta banyak lagi ….

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel

 

Comments

comments