10 Makanan Rendah Karbohidrat Untuk Anda Yang Sedang Berdiet

5880
SHARE

Mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat boleh memberi banyak kebaikkan kepada anda yang sedang dalam usaha berdiet. 

Cara berdiet yang betul adalah bukannya berlapar tetapi mengamalkan pemakanan yang seimbang terutama makanan yang makanan rendah karbohidrat bagi menurunkan berat badan kepada yang angka yang anda idamkan. 

Dengan mengamalkan diet makanan rendah karbohidrat , anda tidak perlu berlapar , tidak perlu bersenam lebih. Senang kan !

World Wide Web Consortium Home

Jom kita tengok 10 makanan rendah karbohidrat yang utama kami sediakan khas untuk anda. Yang paling terkedepan dan kami tidak masukkan ke dalam senarai adalah air kosong. Itu semua anda sudah tahu kan. 

1. Telur

Telur adalah makanan yang mengandungi segala nutrien anda perlukan dan ianya adalah hampir 0 kerbohidrat. Anda boleh memasak makanan rendah karbohidrat ini dengan cara merebus , menggoreng tanpa minyak atau mengikut kreativiti sendiri. 

7

2. Daging biri – biri 

Makanan rendah karbohidrat  kedua adalah daging biri -biri atau dalam Bahasa Inggerisnya adalah lamb . Ianya adalah o karbohidrat. Lepas ni masukkan ke dalam diet harian anda ya. 

Sedapnya bila dibakar dengan sedikit kicap dan lada hitam . 

6

3. Daging merah

Daging merah hampir kesemuanya adalah 0 karbohidrat kecuali organ dalaman seperti hati , limpa , perut serta paru-paru. 

Lupakan seketika perut air asam ya ! 

BACA DI LINK BARU : Resepi Mudah Nugget Ayam Cara Atkins Diet

5

4. Ayam

Makanan rendah karbohidrat keempat adalah daging ayam. Ya , ianya 0 karbohidrat dan adalah antara daging yang popular di kalangan rakyat Malaysia. 

Daging ayam terutama di bahagian dada mengandungi jumlah protein yang tinggi  Jika anda amalkan diet rendah karbohidrat , bahagian yang sedikit berlemak seperti kepak boleh anda makan. 

Buang kulit tau. 

8

5. Ikan Sardin

Ya ! Mungkin anda tidak percaya tetapi ikan sardin ( bukan dalam tin ) mengandungi 0 karbohidrat . Jadi selepas ini anda boleh mempelbagai resepi ikan sardin untuk dimasukkan ke dalam diet makanan rendah karbohidrat .

3

6. Timun Batang

Betol , timun batang mengandungi hampir 0 karbohidrat . Ianya antara sayuran popular di Malaysia. Jadi boleh anda makan bersama daging biri-biri tadi. 

100 gram timun batang mempunyai 4 gram karbo.

3 tempale copy

7. Tomato

Sama seperti kandungan karbohidrat dengan timun iaitu 4 gram karbohidrat untuk 100 gram , anda boleh membuat jus tomato. Tak suka rasanya ? 

Makan mentah -mentah atau dibuat salad. Idea bagus kan untuk makanan rendah karbohidrat.

BACA DI LINK BARU : 6 Lemak Bagus Untuk Menurunkan Berat Badan Anda

2

8. Cendawan

Cendawan butang misalnya hanya mempunyai 3 gram karbohidrat untuk 100 gram . Jadi kepada penggemar sup cendawan buatan air tangan sendri , ini berita yang baik . 

Selain itu juga cendawan mengandungi potasium dan vitamin B yang tinggi .

3 gram karbo untuk 100 gram ( cendawan putih )

4

9. Asparagus

Makanan rendah karbohidrat ini sedikit mahal di Malaysia. Ianya kerana asparagus mempunyai kandungan fiber yang tinggi , vitamin C , vitamin K dan juga jumlah protein yang tinggi berbanding sayuran lain. 

2 gram karbo untuk 100 gram

Kadang – kadang boleh makan la kan asparagus ni ..hee

1

10 . Bunga Kobis

Ini makanan rendah karbohidrat yang begitu popular di kalangan pengamal diet atkin di Malaysia. Anda boleh jadikan ianya sebagai pengganti nasi. 

Tetapi kami lebih suka makan sebagai sayuran yang dicampur ke dalam rebusan atau makan dengan cara mencelurnya. 

5 gram karbo untuk 100 gram.

10

Itu antara 10 makanan rendah karbohidrat yang kami senaraikan. Ada banyak lagi yang kami tidak masukkan tetapi anda boleh mencarinya atau sudah mengetahu secara sendiri kan. 

Jom turunkan berat badan. Untuk lebih pantas, gunakan Jus Pure Cambogia Extra Plus bersama – sama diet makanan rendah karbohidrat ini . 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini .

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home