Panduan Pembelian Rumah Pertama

127
SHARE
Panduan pembelian rumah pertama

Akhirnya selepas mencari di laman web menjual rumah dari Mudah.my sehingga ke durian burung dan sebagainya , akhinya berjumpa juga saya dengan sebijik rumah yang menepati lingkungan bajet semput ni .

Jadi untuk anda di luar sana yang belum ada pengalaman pembelian rumah yang pertama , saya akan kongsi berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam membeli rumah mengikut bajet yang anda ada .

1 – Bajet Kewangan

Seperti saya yang baru bekerja dalam lebih kurang 3 tahun , jadi bajet untuk dapatkan rumah baru 250k ke atas adalah mustahil selepas ditolak dibagi dengan komitmen yang lain, Jadi saya tetapkan untuk mencari rumah second dengan bajet sekitar 90-150K termasuk kos renovation nanti dan yang penting rumah taman. . Puas mencari skroll , akhirnya dapat sebijik selepas beberapa kali saya turun ke lokasi rumah yang hendak dijual dan melihat sendiri bentuk rumah.

Tahu lingkungan bajet anda sebelum membeli sesebuah rumah untuk elakkan masalah kewangan di masa depan . Jangan terikut dengan gaya orang lain tapi tengok ke dalam poket sendiri.

2 – Pilihan Bank

Jangan ikutkan kata agen untuk apply di satu-satu bank sahaja , tapi pilih 3-4 bank yang tawarkan pinjaman tertinggi yang anda boleh dapat . Ini penting kerana nanti anda yang akan kena tambahkan duit sendiri kalau tidak dapat penuh pinjaman perumahan. Biasanya paling tinggi akan dapat 95% untuk rumah second . Jadi 5% lagi bersedia untuk kuarkan wang sendiri.

Panduan ini sangat penting bagi anda yang kurang bersedia dari segi penyediaan wang tunai dalam simpanan.

3 – Tunai Di Tangan

Anda perlu ada tunai di tangan dalam 10-12 ribu untuk rumah RM 100-150k . Kenapa ? Ok katakan bank tertinggi bagi pinjaman RM100k manakala rumah RM105 , jadi bersedia untuk tambah 5k daripada duit anda . Selepas itu urusan pembayaran peguam dalam 4-5k , nilai harta dalam RM700 . Bayaran untuk deposit meter api TNB , air dan berkaitan. Ya ini proses untuk pembelian rumah second. Kalau rumah baru , mungkin sedikit sahaja diperlukan.

Panduan ketiga ini adalah sebelum anda melakukan proses renovasi rumah . Duit ini dikeluarkan bagi membolehkan anda mendapatkan kunci rumah .

4 – Komunikasi

Sentiasa berhubung dengan baik dengan pihak bank dan peguam supaya semua urusan berjalan lancar . Saya dapat kunci rumah selepas hampir 2 bulan . Agak cepat dan semua telah disetelkan . Sentiasa berhubung dengan pihak bank bertanyakan proses pinjaman , dokumen yang diperlukan dan dengan pihak peguam yang mengurusakan proses jual beli rumah anda.

Saya bagi empat panduan membeli rumah . Cukup untuk anda hadam dan bersedia .Saya akan sambung dari masa ke semasa ya . Antaranya semasa menunggu mendapatkan kunci rumah dan selepas mendapatkan kunci rumah.

Ini rumahnya . Memang usang dan buruk tapi ianya ok sebab kos pembelian dan kos renovasi yang akan saya keluarkan masih lagi dalam lingkungan bajet yang telah saya tetapkan . Nantikan post mendatang macam mana ea rupa rumah ni nanti .

Dipenuhi semak samun dan keadaan menyayat hati ..hee

Ruang belakang yang dalam kepala saya sudah ada perancangannya

Dapur yang sangat kecik , tapi nantikan transformasinya

Masyaallah , semak samun ya .

Siling yang sudah tercabut tapi jangan risau , ianya cantik di mata saya

Ruang dalaman yang ok , tiada kerosakan besar cuma perlukan setuhan Deco Terpijak

Comments

comments