Panduan Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Pembelian Rumah

444
SHARE
Panduan Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Pembelian Rumah
Panduan Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Pembelian Rumah

Sekiranya anda merancang untuk pembelian rumah dan mencarum di dalam akaun KWSP , entri kali ini sangat sesuai untuk anda kerana saya akan tunjukkan cara pengeluaran dari akaun 2 dan panduan yang mungkin anda boleh manfaatkan untuk tujuan renovate rumah atau pun membeli hartanah lagi.

ENTRI INI UNTUK RUMAH SECONDHAND SBB INI PENGALAMAN SAYA

World Wide Web Consortium Home


Duit , duit , duit……..

Kenapa mahu keluarkan wang dari akaun 2 ?

Terpulang kepada anda untuk manfaatkan sebagai deposit pembelian rumah kedua atau tambahan bagi proses renovate yang hendak dijalankan atau nak joli ? heee .. terpulang. Tapi harus ingat , bukannya tak perlu sediakan cash di tangan untuk membeli rumah sebab pengeluaran KWSP akaun 2 kita buat selepas proses jual beli selesai .

Maksudnya apa ?

Ok , maksudnya anda bayar duit depo rumah , duit lawyer , duit itu ini guna duit sendiri . Selepas dah dapat kunci rumah , dokumen jual beli yang telah di stamping , dokumen pinjaman barulah boleh start angan-angan nak keluarkan duit dari KWSP 2 ya .

Tak tahu berapa jumlah dalam akaun 2 ? Selain dari bertanyakan di kiosk / pejabat KWSP , anda boleh check online di sini. Klik member login dan ikuti arahan yang ditulis jika anda belum mendaftar sebagai member.

Apa syarat-syarat pengeluaran KWSP akaun 2 untuk pembelian rumah ? Tekan di sini untuk maklumat lanjut.

Dah ada dokumen lengkap jual beli
Dah ada dokumen pinjaman ( jika meminjam dengan bank )
Sah untuk tempoh 3 tahun dari tarikh dokumen jual beli dikeluarkan
Minimum baki RM500 dalam akaun
Sediakan salinan penyata bank yang anda mahu duit dimasukkan

Berapa yang anda boleh keluarkan dari KWSP akaun 2 ?

10% dari harga rumah atau semua simpanan yang ada . Mana-mana yang terendah.

Saya berikan contoh .

Harga rumah RM 200 ,000 . 10% dari RM 200 , 000 ialah RM 20 ,000 .

Kalau anda ada simpanan pada akaun 2 KWSP RM 25,000 – Anda layak keluarkan RM 20 ,000 SAHAJA

Kalau anda ada simpanan pada akaun 2 KWSP RM 17,000 – Anda layak keluarkan semua dengan baki RM 500 . Jadi RM 16 , 500 anda boleh keluarkan . Faham kan ?

Jadi pergilah isi borang , sediakan dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran wang dan hantar ke kaunter KWSP terdekat di bandar anda. Tak lama pun , dalam 2 minggu duit akan masuk kedalam akaun. Yeay masa untuk joliiiii…. eh silap… untuk keperluan lain . hee

Duit yang anda dapat jika kena gayanya boleh melapangkan kekangan kewangan seperti mendahulukan bayaran pinjaman untuk satu tempoh contohnya 12 bulan sebelum gaji tahunan naik . Ini boleh strukturkan kewangan anda.

Selain itu , jika kewangan anda cantik , boleh digunakan untuk deposit rumah kedua . Kalau tak cantik , gunakan sebagai deposit tetapi atas nama isteri. Contohnya. Selepas itu , keluarkan semula melalui akaun 2 KWSP isteri untuk proses rumah ketiga .

Rancang kewangan anda supaya tidak tercekik . Ok. Nanti saya kongsi lagi panduan berkenaan rumah ya.

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home