Pasang CCTV Sendiri Step By Step Fasa 1

198
SHARE
Pasang CCTV Sendiri Step By Step Fasa 1

Ok ni nak cerita macam mana boleh sangkut dengan CCTV . Sebenarnya bukan untuk dipasang di rumah sendiri tapi untuk rumah mak ayah di kg. Sebab saya ni jenis yang suka survey sebelum membeli sesuatu sampai puas hati , memang abes la godek-godek di laman web , facebook mencari pakej cctv yang paling berpatutan.

Godek punya godek , rata-rata pakej cctv bermula RM1500-2000 untuk 4 camera dan RM3000 untuk 8 camera  Yang paling asas. Tapi di dalam pakej belum termasuk dengan pemasangan , tambahan supaya lengkap pakej yang ditawarkan . Lebih kurang RM 4 – 5K jugak lah kalau ambik pakej . Banyak duit tu . Antara entry blog yang saya survey. Sangat membantu. Cara Pilih Lens Camera Anda 

Jadi bermulalah misi DIY sendiri cctv kali ini. Sangat jimat berbanding ambil pakej. Separuh boleh save duit ….So DIY jommm .

Untuk anda yang mencari macam mana nak setup CCTV , ok korang perlukan senarai ni . Oh ya , saya setup untuk tengok di rumah dan bukan melalui wifi ya . Rugi pasang wifi . Nak bayar tm lagi bulan-bulan.Rabak poketttt . Kalau anda nak ambil juga , pastikan pakej anda ambil ada benda ni . Boleh refer entry Contoh Pakej CCTV Minimum .

  • Camera
  • Dvr
  • Power adapter
  • Monitor
  • Hard Disk
  • Wayar 
  • Kabel

Ok  , first , camera . Bila kita DIY , boleh pilih mana yg sesuai ikut kemampuan bajet. Ada camera yang mahal ada yang murah . Dari segi resolusi camera dan paparan kualiti video . Saya pilih yang jenis outdoor cam sebab nak pasang cctv di luar rumah , 1 megapixel dan kualiti video 720p . Jelas paparannya. 

Outdoor cam , tahan lasak , infra red dan senang pasang . 1 tahun waranti

Alang-alang beli , terus pilih yang kualiti sederhana . Sesuai dengan bajet .Untuk pengetahuan anda , cam ni juga untuk malam pun boleh .

Kedua , DVR . menatang apa ni ? Paling mudah , DVR = Digital Video Recorder ni untuk bolehkan rekod video CCTV  , zoom, sambung cam , sambung pada internet ,rakam video n delete . Disebabkan saya pakai 8 cam , jadi kena beli yang ada 8 channel atau lubang di belakang DVR tu . Harga bergantung pada spec .

Antara featuresnya . Sambung dengan internet , rekod terus atau detect pergerakan . 1 tahun waranti

Power adapter . Untuk bagi elektrik power pada camera CCTV . Oleh sebab saya pakai 8 bijik , jadi saya tak gunakan satu-satu charger . Terus guna sebijik ni . Sambung wayar pada port . Guna 1 plug sahaja . Jimat.

 

Monitor . Untuk kita tengok rakaman video atau live . sebab guna 8 cam , so saya ambik yang 21 inci. Monitor komputer sahaja . Cunn .

1 tahun waranti

Hard disk . Dh rekod video cctv tadi , mesti ada tempat nak simpan kan . Hard disk ada size 1tb , 2 tb or 3 tb biasanya . Untuk 8 camera , rekod secara berterusan , jadi untuk penuh 2tb , akan ambil masa 2 minggu sebelum dia auto rewrite . Jadi tak perlu risau takut terpadam , 2 minggu tu sempat  tengok . 24 jam rekod ea . Gambar dah takde sebab dah masukkan dalam DVR . Saya terus setup kat kedai siap-siap .

Jadi barang semua dh ada , camna nak connect ? Guna wayar dan kabel sahaja . 1 wayar untuk charge camera CCTV di luar rumah , satu lagi wayar untuk dapatkan display . Tak susah sebenarnya nak setup cctv selepas dah tahu asasnya kan. 

Sebab jauh nak pasang di kg di Kelantan , terus saya beli 130 meter panjang kabelnya,
Connector dari cctv ke dvr , dari power adapter ke camera

Selepas total semua barang dengan kualiti , puas hatiiii . Nanti bila dah balik kg , saya akan pasang dan update progress ya di sini. Kalau anda nak tanya apa-apa , komen je , nanti sy reply berkenaan cctv ni. 

Comments

comments