Pening Nak Pilih Lampu Hiasan Sebab Cantik Sangat

100
SHARE
Pening Nak Pilih Lampu Hiasan Sebab Cantik Sangat

Yang cantik dan berkualiti tak semestinya mahal kalau  pandai survey tempat nya , contohnya mencari pemborong lampu hiasan . Ya lah , dalam satu rumah  nak juga pakai lampu yang cantik . Sekali tengok tenang untuk berehat kan. Lepas saya pusing-pusing , nah , memang puas hati bawa balik hasilnya. Dekat mana nak cari lampu hiasan ruang tamu yang cantik , berkualiti dan pada harga mampu milik ?

Nah , pergi ke House Lighthing dekat Puchong. Walaupun bukan pemborong lampu hiasan terbesar di Malaysia , tapi bila sekali masuk ke kedai ni , pasti datang lagi untuk kedua ketiga kali. Saya la tuu ..
So jom tengok kedai pemborong lampu hiasan yang cantik ni, Houses Lighthings yang terletak dekat Puchong. Memang sekali datang ke kedai ini ,terus jatuh hati , gituuuu. Walaupun saya dari Negeri Sembilan , tapi apakehal ye dak , asl berpuas hati dapat lampu hiasan led yang berkualiti.

Takut datang ke sini tutup ? Nah , tengok waktu operasi ni . Hari isnin cuti ya.
Langkah ja kaki masuk ke kedai ni , dah mula rambang mata dah , tersangkut sana sini dengan lampu hiasan ruang tamu , lampu led bilik , lampu gantung , lampu tidurnya , aduhhh….menawan kalbu sungguh. 

World Wide Web Consortium Home

Tapi dari awal lagi saya dh tetapkan , misi mencari lampu bewarna hitam . Jom tengok lampu hiasan apa yang ada dekat sini .

Nampak tak lampu bulat-bulat ni ? RM89.00 ringgit ja oi ..cantik kan ? Untuk mentol lak , boleh guna mentol led untuk lampu hiasan ni. Jimat tenaga dan tak panas . RM10 dengan warranty setahun. Fuhhh .

Tertengok jenis ni , fuhhhh. terus pikir nak beli. Ya lampu hiasan ruang akan ni 3 sekaligus . Cantiknya lahai . Bagitau pada staf , tengok-tengok dah abes stok…uwaaa…hancur harapan nak letak dekat ruang makan. Tinggai yang display sahaja . RM89.00 …Perhhhhh

Yang ni lak cantik , tapi bukan warna hitam …x mau la beliiii  ( SEBENARNYA X DAK DUIT . RM 990 TUHHHHH ) heee

Oleh sebab saya ni jenis fobia tidur dalam gelap sepenuhnya , kena ada lampu  dinding di bilik tidur . Yang ni menjadi pilihan berbentuk double hitam putih . Mentol lak ambil yang malap sedikit bewarna kuning untuk di pasang. Cantikkk bagi mata saya. RM49.00 ja oiii .

Jadi untuk ruang makan , saya mahukan cahaya panas untuk nampak romantik n tenang gitu  tapi masih lagi bertemakan hitam sebagai warna keseluruhan , terus ambik yang kiri ni . RM79.00 dengan bingkai besi. Dengan saiz yang cun  harap-harap wiring center duduk di tengah meja makan.
Harga di Houses Lighthing ni memang sangat-sangat berpatutan ,tu yang buat tak berganjak lagi. Teruskan niat nak cari 2 lagi untuk ruang tamu ..cari punya cari , akhirnya ketemu jugak lampu hiasan ruang tamu  ni . 

Sebab ruang tamu ruang yang luas , so sy pilih lampu hitam lagi dengan warna mentol putih led untuk bagi kontra pada siling putih dan bingkai lampu hitam . Murah . RM 89.00 sahaja . Jadi lepas ni siling putih dengan kontra lampu dan kipas hitam . Cun pada mata saya sbb penggemar hitam. haa

Stafnya yang ramah dan sabar dengan pilihan kita , sistem kaunter no untuk check barang sebelum bawa balik yang tersusun , memang patut la tempat jual lampu hiasan led ini mendapat pilihan di hati pengunjung seperti saya . 
Jadi kalau anda mencari lampu hiasan siling ke ruang tamu , saya suggest terus ke sini . Nanti rambang mata sungguh. Waze kan aja House Lighting . Insyaallah terus jumpaa . 


Yeay boleh start buat deco terpijak dahhhh..tunggu ya update terbaru …baiiiiii

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home