Puding Caramel

194652
SHARE

Bahan – bahan

1 Cawan Gula
1/2 Cawan Air – utk karamel
1 Cawan Air – utk adunan puding
5 Biji Telur
1 Tin Susu Cair
Esen Vanilla

BACA DI LINK BARU : 5 Alat Berkualiti Menjadikan  Bulan Ramadhan Anda Berjalan Lancar
Cara -cara

1. Tuang gula di dalam kuali/periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA

2. Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul

3. Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas dan pastikan jangan tuang semua gula dalam 1 bekas * Pakai 1 sudu besar utk 1 bekas

4. Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik

5. Seterusnya, pecahkan 5 biji telur & pukul ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah & sebati

6. Kemudian panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana

7. Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi

8. Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api

9. Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur yg kakak pukul manja-manja tue & kacau bagi sebati

10. Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing

11. Barulah tuangkan adunan Susu + Telur + Gula ke dalam bekas gula hangus yg uolss letakkan tadi

12. Sukatan ikut suka kakak2 dan Kukus dalam tempoh 20-30 minit

selamat mencuba ..ps : blh letak cherry utk hiasan bg lebih menarik

BACA DI LINK BARU : 5 Alat Berkualiti Menjadikan  Bulan Ramadhan Anda Berjalan Lancar

Comments

comments