Resepi Biskut Dahlia Rangup – Resepi Biskut Raya 2015

41209
SHARE
Rasa biskut dahlia yang rangup dengan resepi betul membuatkan akak perlu mencubanya. Hanya 15 minit masa pembakaran biskut dahlia pada suhu 170'C ini boleh memberikan biskut yang rangup dan kekal kesedapannya.
Rasa biskut dahlia yang rangup dengan resepi betul membuatkan akak perlu mencubanya. Hanya 15 minit masa pembakaran biskut dahlia pada suhu 170'C ini boleh memberikan biskut yang rangup dan kekal kesedapannya.

Biskut dahlia ini boleh dikategorikan sebagai salah satu senarai wajib pada pagi raya . Rasa yang rangup datangnya dari resepi yang betul.

Bahan – bahan yang diperlukan dalam membuat resepi biskut dahlia yang rangup adalah seperti :

World Wide Web Consortium Home

300 gram mentega apa -apa jenama yang kakak dapati di pasaraya
125 gram gula aising bukan gula biasa dan gula kastor ye untuk resepi biskut dahlia rangup ini
2 biji telur yang dibuang telur putih dan diambil telur kuning sahaja
1 sudu teh esen vanilla untuk mengharumkan biskut dahlia ini
240 gram tepung gandum yang akak boleh pilih daripada mana-mana jenama dan seeloknya akak menggunakan tepung gandum tanpa peluntur seperti tepung gandum cap bidara
100 gram tepung jagung dan akhir sekali 160 gram tepung kastard . Ketiga-tiga tepung yang dinyatakan ini akak sukat betul – betul mengikut timbangan dan ayak bersama-sama dan gaul dengan spatula kayu untuk sebatikan semua bahan-bahan tepung untuk jadikan biskut dahlia rangup dan tidak keras. Sebagai hiasan untuk biskut dahlia ini, akak bolehlah meletakkan hirisan ceri merah atau hijau yang senang didapati di mana-mana kedai menjual bahan – bahan kek dan biskut .

TIPS DARI DAPUR – TIMBANG BAHAN SETEPATNYA UNTUK DAPATKAN HASIL YANG BETUL-BETUL BAGUS

Cara membuat biskut dahlia rangup ini perlu diperhatikan agar hasil yang diperolehi terserlah kerangupan biskut dahlia itu nanti. Baca 7 Tips Dari Pakar Untuk Hasilkan Kek & Biskut Yang Lazat jika akak tidak pasti bagaimana untuk mendapatkan rasa biskut dahlia yang rangup.

Pertama, putarkan mentega dan gula asing sehingga berkrim dan pastikan semua gula hancur . Kelajuan memutar adalah pada kelajuan perlahan dan ingat, jangan sehingga ianya berminyak  yang boleh menyebabkan biskut dahlia akak terbantut .Selepas selesai, masukkan telur kuning dan putar sehingga ianya kembang . Maksud kembang adalah akak kaup adunan dan terbalikkan tetapi adunan tidak jatuh. Itu tanda adunan akak terbaik .

Kedua, masih lagi pada kelajuan perlahan , akak masukkan tepung yang telah sebati dan dianyak itu tadi sedikit demi sedikit sehingga habis kesemuanya dan adun sehingga menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan . Jangan biarkan doh lama kerana dibimbangi akan masuk angin. Untuk elakkan masalah biskut tidak menjadi , akak boleh tutup doh yang tidak digunakan dengan aluminium foil.

Ketiga, akak masukkan doh ke dalam alat penekan untuk acuan biskut dahlia dan tekan ke atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega untuk mengelakkan daripada melekat . Selesai susunan penuh , hiaskan biskut dahlia akak dengan hiasan hirisan ceri merah untuk menambahkan lagi kecantikkan biskut dahlia akak.

Keempat , pastikan oven akak telah dipanaskan terlebih dahulu dan pada suhu 170’C , bakar biskut dahlia akak selama 15 – 20 minit bergantung pada jenis oven akak . Untuk mengetahui sama ada biskut dahlia akak sudah masak atau tidak, tolak sediikit biskut dan jika ianya bergerak ¬†tanpa melekat , itu tanda biskut dahlia akak sudah masak sepenuhnya.

Terakhir, untuk pastikan biskut dahlia akak sentiasa rangup dan kesedapan yang kekal, simpan biskut dahlia akak ke dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk sepenuhnya .


Akhirnya , siap dah resepi biskut dahlia rangup yang pasti buat akak puas hati .

Jangan lupa berkongsi resepi ini kepada kawan-kawan fb akak dengan cara klik button share di tepi atau bawah ini ye.

Untuk resepi biskut raya yang lain, akak boleh klik tags di bawah untuk resepi biskut kana, almond london dan lain-lain.

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home