Resepi Carrot Cake Dengan Cream Cheese Yang Pasti Menjadi

2293
SHARE

Assalamualaikum dan bertemu lagi kita dalam video tutorial step by step khas untuk anda. Kali ni kita buat resepi carrot cake yang rasanya sungguh sedap , basah dan dilapisi dengan cream cheese yang ringan . 

Bahan – bahan carrot cake mudah dan anda boleh dapati dengan senang di pasaraya . Jika tidak faham , tengok dengan jelas ya resepi video carrot cake dengan cream cheese yang kami berikan di atas ni ya. 

Bahan – bahan carrot cake adalah seperti ini ya . Untuk dapatkan sebiji seperti kami , sila ikuti satu – persatu ya . 

World Wide Web Consortium Home

2 biji telur ayam saiz A
1 cawan gula biasa
1 cawan sunflower oil ( guna yang ni lagi lembab kek carrot )
1 cawan tepung gandum yang diayak
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh essen vanilla
200 gram lobak merah yang disagat
100 gram kismis
.
BACA DI LINK BARU : Kek Japanese Cotton Cheese Guna 3 Bahan Sahaja Tetapi Pasti Licin

Untuk bahan – bahan cream cheese pula :
100 gram butter pada suhu bilik ( kami guna jenama buttercup )
250 gram cream cheese jenama tortura kami guna
1 cawan gula aising atau anda kisar sahaja gula biasa
1/2 sudu teh essen vanilla
.
Ok semua bahan – bahan membuat carrot cake dan juga cream cheese telah pun anda sukat dan sedakan , jom kita ke langkah-langkah membuat carrot cake ni . Kita akan bahagikan pada dua 
bahagian iaitu carrot cake dan juga cream cheese sebelum disatukan . 
.
Pertama , guna mixer atau hand mixer , masukkan telur , gula dan juga minyak bunga matahari , mixerkan sehingga adunan menjadi kental sedikit seperti dalam video resepi carrot cake di atas. 
.
Kedua , masukkan esen vanilla , serbuk kayu manis , baking powder dan  seterusnya tepung gandum sedikit demi sedikit dan mixerkan semua sebati . Selepas itu , masukkan pula lobak merah yang telah disagat bersama kismis dan kaup balik semua agar sebati . 
.
Ketiga , oleskan butter/minyak pada loyang bersaiz 6 dan tapaknya letakkan baking paper supaya tidak melekat nanti. Tuang adunan carrot cake tadi ke dalam loyang. 
.
BACA DI LINK BARU : Marble Cheese Brownies Cara Paling Senang & Lengkap

Keempat , panaskan oven dan apabila panas , bakar kek pada suhu 170’C ( sesuaikan jenis oven anda ) selama 70-80 minit .Cucuk lidi untuk mengetahui kek anda telah sempurna masak atau tidak. Sejukkan kek dan jangan keluarkan lagi dalam loyang. 
.
Kelima , ketika menunggu carrot cake tadi dibakar , kita sediakan cream cheese. Caranya , masukkan butter , cream cheese , essen vanila dan mixerkan sehingga sebati seperti dalam video . Lepas itu tambahkan gula aising dan mixerkan lagi sehingga tekstur menjadi ringan. Jangan terlebih mixer. Masukkan dalam peti seketika sementara menunggu kek masak.
.
Keenam , kek yang telah sejuk itu dipotong kepada dua bahagian , masukkan cream cheese pada bahagian tengah . Untuk senang , letak kek atas tempat pemutar . Jangan terlalu tebal sekadar menutupi permukaan kek . Tutup kek dengan lapisan atas dan sapu lagi cream cheese pada permukaan kek  . 
Ratakan dan hias mengikut kemahuan anda. 

Selamat mencuba ya kek ini dengan cream cheese . Memang sedap.Lengkap kami berikan untuk anda step by step resepi carrot cake  untuk anda ya. Jangan lupa untuk mencubanya.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.

 

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home