Resepi Donut Seperti Big Apple

84524
SHARE
Resepi donut yang sangat enak dinikmati seperti Big Apple dan lain-lain. Dengan pelbagai variasi topping, pasti anak-anak dan suami ketagih dengan donut.
Resepi donut yang sangat enak dinikmati seperti Big Apple dan lain-lain. Dengan pelbagai variasi topping, pasti anak-anak dan suami ketagih dengan donut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada warga dari dapur.com. Mesti pernah akak beli Donut Big Apple untuk anak-anak kan ? Rasa yang gebu dan lembut buatkan  tak cukup dan licin kotak kan ? Jangan risau , lepas ini akak boleh buat seperti itu dengan resepi donut seperti Big Apple , Dunkin Donut. Kami beri cara dan tips penyediaan terbaik khas untuk akak-akak.

Untuk akak yang pertama kali nak buat, kami cadangkan akak membaca dulu artikel ini : 7 Tips Dari Pakar Untuk Hasilkan Kek & Biskut Yang Lazat supaya akak boleh mendapatkan hasil donut yang gebu dan terbaik untuk hidangan mahupun bekal anak-anak ke sekolah. 

Apa yang perlu akak tahu, tapak/base/donut kosong yang sebenarnya memainkan peranan yang penting dan perlu akak titik beratkan. Donut yang gebu dan lembut ditambah pula dengan hiasan topping menarik , pasti membuat anak-anak tidak jemu menikmatinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Tips – Sukat dan timbang dengan betul supaya hasil terbaik.

Sediakan 500 gram tepung roti , 100 gram gula biasa , 11 gram instant yeast ( kami menggunakan jenama Mauri Pan . Rujuk gambar ) , 4 biji kuning telur sahaja Gred A  dan 200 ml air masak / air mineral. 100 gram butter dan akhir sekali, 1 sudu teh kecil garam .

1Yis Mauri Pan
Yis Mauri Pan
Cara penyediaan donut yang gebu ini :  

Pertama ,  akak sediakan sebuah mangkuk yang besar untuk menguli nanti. Tapis atau ayak tepung ke dalam mangkuk dan masukkan yis mauri pan . Kacau sebati menggunakan spatula kayu. Selepas itu , tambahkan bahan seperti telur kuning tadi , garam , gula , butter  dan masukkan air sedikit demi sedikit serta dikacau adunan ini.

Kedua , menggunakan kuasa tangan akak sebab saya yakin tak ramai ada bread maker kan, jadi, uli doh sehingga akak nampak adunan doh tidak lagi melekat pada permukaan mangkuk. Apabila sudah tidak melekat, , biarkan doh menaik dalam tempoh 30 minit .
Tips – beli pencatat masa di kedai bakery untuk dapatkan tempoh tepat .

Ketiga , apabila mencapai 30 minit , tumbuk doh dengan tangan untuk keluarkan angin dan doh menjadi sedikit kempis. Bulatkan acuan dan jadikan seperti bentuk donut . Setiap bentuk doh sekitar 35 gram – 40 gram.

Keempat , apabila siap semuanya, biarkan lagi acuan donut itu selama 20 minit untuk proses gebukan donut .

Kelima , panaskan minyak di dalam kuali dan guna minyak yang pada tahap sederhana. Pada api sederhana, goreng donut sehingga permukaan menjadi kekuningan dan angkat serta toskan donut. Biarkan donut yang telah siap sehingga sejuk .

Pada tahap ini, donut akak telah pun siap . Tetapi, untuk bagi cantik dan lebih rasa , kita akan buatkan coklat ganache serta ditambah dengan pelbagai topping mengikut kesukaan akak. Jom lihat cara buat coklat ganache untuk celup permukaan donut tadi.

Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.
Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.

Bahan – bahan dan cara penyediaan coklat ganache 

300 gram whipping cream ( boleh beli di dalam botol yang telah siap )
30 gram sirap glukos yang boleh didapati di kedai bakery ( rujuk gambar )
500 gram coklat gelap dicincang halus
20 gram butter

Sirap Glukos
Sirap Glukos

Cara Penyediaan 

Pertama , menggunkan api kecil , panaskan periuk dan masukkan whipping cream beserta sirap glukos. Panaskan sehingga mendidih.

Kedua , tuang campuran tadi kedalam bekas yang mengandungi coklat yang dicincang beserta butter .Kacau menggunakan spatula kayu sehingga campuran menjadi licin cantik serta kelihatan berkilau kilauan.

Selepas itu, ambil donut dan celupkan permukaan donut ke dalam adunan coklat ganache. Tambahkan topping apa-apa yang akak mahu serta sejukkan seketika. Siap dan kami yakin, insyaallah donut akan menjadi yang terbaik .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Untuk resepi lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke Kategori Resepi kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH resepi akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

 

 

Comments

comments