Video Resepi Japanese Cotton Cheesecake Lengkap Untuk Anda

2457
SHARE

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Mesti anda sudah terfikir-fikir kek apa yang mahu dihidangkan kepada tetamu pada hari lebaran nanti ? Apa kata cuba kek japanese cotton cheesecake yang lembut ni . Tukarlah asyik-asyik kek sarang semut , kek lapis , kek oren kan .

Tak tahu teknik buat kek japanese cotton cheesecake ni ? Jangan risau , kami akan berikan anda langkah demi langkah membuat kek beserta resepi lengkap japanese cotton cheesecake ni untuk anda .

Sebelum kita pergi kepada bahan – bahan japanese cotton cheesecake , untuk memudahkan anda , kami sarankan anda telah pun ada dan faham istilah  loyang petak 9×9 , loyang bulat saiz 7 , alatan membuat kek , teknik double boil , teknik kaup balik ,  teknik au bain marie iaitu teknik  yang digunakan bagi memasak kek keju ini tanpa kerak di bawah .
.
Wah , lengkap kan penerangan kami bagi untuk japanese cotton cheesecake ni kan. Supaya semua berjalan lancar dan kek yang anda dapat akan memuaskan tekak anda .
bahan kek japanese cotton cheese .
Jadi bahan-bahan japanese cotton cake ini adalah :
Bahan A
3 keping keju
2 sudu makan buttercup ( kaup besar sedikit )
1 setengah cawan susu segar

Bahan B
6 biji kuning telur ( Telur Gred B )
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C 
6 biji putih telur 
1 sudu teh cream of tartar
1 cawan gula

Bahan D
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus

Bahan Hiasan 
Buah kiwi
Gula aising

Ok semua bahan dah disediakan kan , jadi jom kita tengok langkah – langkah membuat japanese cotton cheese ini. 
.
Pertama , Cairkan bahan A guna kaedah double boil . Kecillkan api dan kacau sehingga sebati . Selepas itu letak di tepi dulu. Biarkan sebentar. 
.
Kedua , kacau dengan spatula bahan B sehingga telur kuning sebati . Biarkan di tepi dulu . Sementara itu , tapis dan ayak bahan D sehingga selesai. Ketepikan. 
.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Red Velvet Kukus Step By Step

Ketiga , bahan C iaitu putih telur tadi di kacau menggunakan mixer sehingga berbuih kasar. Masukkan gula dan cream tartar . teruskan kacau sehingga adunan menjadi bertanduk . Cara untuk kenal pasti adalah bila adunan tidak tumpah ke bawah bila anda terbalikkan , itu bermakna ianya sudah selesai. 
.
Keempat, Masukkan sedikit demi sedikit bahan A tadi ke dalam bahan B iaitu kuning telur. Kacau dengan spatula . Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit dan gunakan kaedah kaup balik . Bila dah selesai semua , barulah dimasukkan adunan putih telur tadi . Masukkan semua dan kaup balik sekejap sehingga sebati. Kenapa kita perlu kaup balik? Supaya udara yang terperangkap dalam adunan tidak pecah dan ini yang menjadikan kek gebu. 
.
Kelima, panaskan oven 5 minit pada suhu 170’C . Masukkan air dalam loyang 9 x 9 petak , sapukan minyak pada loyang bulat saiz 7 dan letakkan baking paper di bahagian bawah. letakkan loyang bulat ke dalam loyang petak tadi yang mengandungi air kerana kita akan menggunakan teknik bain marie . 
.
BACA DI LINK BARU : Video Resepi Popia Vietnam Yang Rangup

Keenam , tuang adunan ke dalam loyang  dan masukkan ke dalam oven pada suhu 160-165’C ( bergantung pada jenis oven ) dan masak di antara 60-80 minit ya. Selepas masak , buka pintu oven dan sejukkan 15 minit sebelum dikeluarkan kek. 
.
Ketujuh , hias kek japanese cotton cheesecake dengan citarasa anda. Kami hias dengan gula aising dan buah kiwi. 
.
Lengkap kami berikan untuk anda step by step japanese cotton cheesecake ini untuk anda ya. Jangan lupa untuk mencubanya. 
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.

Comments

comments