Resepi Kaya Ball Lembut Menggunakan Oven

9228
SHARE
Lembutnya resepi kaya ball ni. Khas untuk akak yang suka dengan kaya ball , kami sediakan resepi lengkap . Bahan-bahan yang mudah didapati kami gunakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga daridapur. Pernah tak anak-anak merengek nak makan kaya ball di pasaraya ? Kali ni akak boleh buat sendiri. Resepi kaya ball ni lembut sangat dan mudah bila bakar dengan oven je. Jom tengok macam mana nak buat .

Bahan untuk resepi kaya ball lembut ni seperti berikut dan untuk 70 biji kaya ball secara anggaran dengan bahan-bahan ni. Akak perlukan 250 gram tepung gandum , 1 sudu teh kecil baking powder , 125 gram mentega , 75 gram gula kastor , 4 biji telur gred B , 200 ml susu segar , 1 sudu teh  kecil esen vanilla dan secubit garam . 

Untuk filling atau inti pula , akak boleh gunakan seri kaya atau nutella atau jem atau apa2 inti yang akak suka dan mahu. Ianya tidak terhad , gunakan imaginasi dan kreativiti akak. Ok sebelum menyediakan resepi kaya ball lembut ni , untuk dapatkan hasil yang terbaik, kami cadangkan akak membaca 7 Tips Dari Pakar Untuk Hasilkan Kek & Biskut Yang Lazat . Insyaallah dapat kaya ball yang begitu lembut dan buatkan akak bangga dengan hasilnya.

Cara-cara membuatnya adalah :

Pertama , tepung , serbuk penaik dan garam diayak bersama dan kacau dengan menggunakan spatula kayu supaya sebati. Apabila siap, biarkan dahulu.

Kedua , dengan menggunakan hand mixer pada kelajuan paling perlahan/minima, pukul mentega dan gula sehingga kembang dan tiada lagi biji gula kelihatan , selepas itu , masukkan telur sebiji dan pukul lagi dan langkah ini diulangi sehingga habis kesemua 4 biji telur. Masukkan juga esen vanila dan kacau sehingga sebati.

Ketiga , apabila sebati , masukkan sedikit susu dan sedikit tepung serta kacau dengan spatula kayu sehingga sebati. Teruskan langkah ini sehingga kesemua susu dan campuran tepung tadi habis. Biarkan 15 minit .
TIPS – TUTUP ACUAN DENGAN PLASTIK DAN LETAKKAN DI DALAM PETI SEJUK.

Keempat , sapu sedikit acuan dengan minyak masak untuk elakkan melekan , jika akak tiada acuan seperti di bawah , boleh gunakan acuan kuih cara atau apa-apa jenis acuan .

Acuan kaya ball
Acuan kaya ball

Kelima , dengan menggunkan sudu , masukkan adunan bancuhan sehingga memenuhi setengah lubang  acuan, selepas itu masukkan inti yang akak ingini dan tutup semula lubang acuan dengan adunan bancuhan.

Keenam , panaskan oven pada suhu 145’C selama 5 minit dan selepas itu, menggunakan api atas bawah, bakar pada tempoh masa 8-12 minit bergantung pada jenis oven akak.

Terbaik resepi kaya ball yang lembut ini dan kami yakin akak akan berpuas hati .
Jangan lupa kongsi gambar yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Untuk resepi lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke Kategori Resepi kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH resepi akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih .

Comments

comments