Resepi Kek Red Velvet Kukus Step By Step

93453
SHARE
Step by step dan tips untuk pastikan akak dapatkan kek red velvet yang betul-betul lembab apabila di kukus . Khas untuk akak semua kami bawakan resepi ini.
Step by step dan tips untuk pastikan akak dapatkan kek red velvet yang betul-betul lembab apabila di kukus . Khas untuk akak semua kami bawakan resepi ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga daridapur.com . Mesti akak pening kepala nak buat kek kalau hari jadi anak tiba atau sebarang majlis yang special . Jangan risau, dengan resepi lengkap kek red velvet kukus  step by step yang terlengkap, pasti akak dapatkan hasil yang diingini dan rasa yang lazat. Jom tengok step buat kek red velvet kukus ni. Insyaallah pasti moist dan sangat sedap.Jom kita tengoK bahan – bahan yang diperlukan .

TIPS – GUNAKAN CAWAN/SUDU YANG SAMA UNTUK SETIAP SUKATAN

World Wide Web Consortium Home

Bahan A

  • 2 cawan tepung superfine apa-apa jenama
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder atau serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bicarbonat
  • 1 sudu teh garam halus

1 cawan buttermilk . Cara buat buttermilk adalah masukkan 1 cawan susu segar kotak dan tambahkan 2 sudu makan cuka putih ( cuka biasa ) atau cuka epal . Biarkan selama 5-10 minit . Siap buttermilk.
1 cawan gula halus . Kalau tiada, kisar kering gula biasa .
1 cawan minyak masak
2/3 cawan air panas – Isi lebih dari separuh  maksudnya – 75% dari isipadu cawan
1 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur ayam gred A

Bahan-bahan dan cara penyediaan topping ( SEDIAKAN KETIKA KEK DIKUKUS )
Menggunakan mixer tangan pada kelajuan sederhana, masukkan 1/3 cawan gula , 250 gram cream cheese , 1/2 cawan whipping cream dan 1 sudu besar air perahan lemon . Gaulkan sebati sehinggalah semua larut dan biarkan seketika.

Cara penyediaan kek red velvet kukus ini pula 

Pertama, ayak Bahan A ke dalam bekas dan kacau menggunakan spatula kayu sehingga sebati.

Kedua, masukkan gula dan minyak , kacau menggunakan mixer tangan pada kelajuan sederhana sehingga gula hancur , masukkan telur ayam sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang . Apabila adunan telah menjadi kembang, masukkan pewarna merah , esen vanilla dan juga buttermilk, kacau sehingga sebati dan lembut.

Ketiga , masukkan Bahan A ke dalam mangkuk adunan sedikit demi sedikit dan kacau pada kelajuan paling perlahan sehingga adunan cantik sebati semuanya dan masukkan air panas. Kacau lagi menggunkan hand mixer agar semuanya sebati .

Keempat, ambil sebuah loyang yang telah disapukan butter dan sedikit tepung .Tuang adunan pada langkah ketiga ke dalam loyang. Panasan kukusan dengan air di dalamnya sekitar 5 minit , balut penutup kukusan dengan kain tuala bagi mengelakkan air tumpah ke atas kek . Apabila kukusan telah panas, masukkan loyang dan kukus pada api sederhana sekitar 45-50 minit .

TIPS – JANGAN BUKA KUKUSAN AKAK PADA 40 MINIT PERTAMA

Kelima, apabila kek telah masak , sejukkan kek terlebih dahulu .Apabila kek telah sejuk, potong dua atau tiga lapisan kek dan pada setiap bahagian, isikan dengan topping yang telah dibuat tadi. Selepas itu ,  akak sapukan topping pada permukaan atas dan tepi kek . Boleh tambah dengan parutan white coklat atas permukaan kek atau menggunakan strawberi atau apa-apa yang akak mahu hias di atas kek.

Keenam , sejukkan kek terlebih dahulu pada 1-2 jam kek dan barulah dipotong untuk mendapatkan potongan yang cantik dan bersih.

Siap dah kek red velvet kukus akak . Macam mana ? Lengkap tak stey by step kami beri untuk akak ?Memang akak perlu buat kek ini sebab kami yakin , akak akan dapat hasil yang terbaik.

Sila berkongsi dengan kawan-kawan jika akak rasa ini resepi terbaik dan lengkap .
Untuk lihat lagi koleksi resepi kami akak boleh klik tag di bawah. Terima kasih.

Jangan lupa klik share dan berkongsi pada kawan-kawan di facebook ye.

Cari kami di Facebook : Resepi Kek & Puding 

Resepi kek & puding

 

 

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home