Video Resepi Kek Sarang Semut Step By Step . Mudahnya

4463
SHARE

Assalamualaikum kepada para pelawat daridapur.com. Anda mahu membuat kek untuk keluarga tetapi hasil kek tak menjadi ? Apa kata cuba resepi kek sarang semut kami step by step beserta tips untuk membuat kek sarang semut. 

Sangat mudah , hanya ikut langkah demi langkah seperti yang kami tunjukkan. Jom tengok langkah demi langkah membuat kek sarang semut ini. 

Bahan – bahan kek sarang semut adalah:
1 cawan gula halus
1 cawan air panas

125 gram butter
3 biji telur saiz besar
1/2 cawan susu pekat
1 sudu makan soda bikarbonat

1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung gandum 

BACA DI LINK BARU : Jagung Kukus Manis . Sedapnya Dibuat Makan Satu Keluarga
Semua bahan yang diperlukan sudah disediakan , mari kita lihat langkah – langkah penyediaan kek sarang semut ini . 

.
Pertama , panaskan periuk menggunakan api kecil , masukkan 1 cawan gula halus ya . Biarkan ianya mencair sendiri menjadi gula perang . Hanya gunakan api kecil dan ini memakan sedikit masa . Bila semua sudah cair , masukkan 1 cawan air panas dan biarkan mendidih 2/3 minit sebelum kacau sebati gula yang masih belum cair ya. Ketepikan dan sejukkan Tips : tutup api semasa memasukkan air panas 
.
Kedua , cairkan 125gram butter menggunakan kaedah double boil ya . Lihat dalam video. Ketepikan seketika bila dah cair. 
.
Ketiga, langkah ini penting , pastikan gula perang anda telah pun sejuk barulah mulakan langkah ini kerana inilah penentu kek sarang semut anda menjadi ataupun tidak . 
.
Keempat , pecahkan tiga biji telur dan whisk manja bermula dari kuning telur . Sekejap sahaja whisk dan masukkan susu , whisk lagi sebentar dan masukkan es en vanilla. Kacau sebati dan masukkan butter yang telah dicairkan tadi . Kacau sebati . 
.
Kelima , tapiskan 1 sudu makan soda bikarbonat ke dalam acuan dan kacau sebati . Selepas itu masukkan pula 1 cawan tepung gandum sedikit semi sedikit sehingga selesai . Masukkan pula air gula perang yang telah sejuk tadi ke dalam acuan. Tapis. Ini tips kedua untuk menjadikan kek sarang semut anda betul-betul bersarang. 
.
BACA DI LINK BARU : Video Resepi Japanese Cotton Cheesecake Lengkap Untuk Anda

Keenam , adunan yang telah dikacau manja sebati itu ditapis ke dalam loyang bersaiz 7 yang dilapis dengan baking paper . Tutup permukaan loyang dengan pinggang atau dulang dan perapkan selama sejam . Ini yang menjadikan sarang dalam kek sarang semut anda. 
.
Ketujuh, panaskan oven dan bakar 20 minit pertama pada suhu 150-155’C menggunakan api bawah sahaja dan teruskan membakar 30-35 minit lagi pada suhu 160 – 165’C bergantung pada oven anda. Cucuk dengan lidi untuk menentukan kek sarang semut anda telah pun masak. Biarkan sejuk . 
.
Kelapan , potong kek sarang semut anda secara melintang . Barulah sarang semut anda kelihatan menarik. Selamat mencuba .

Comments

comments