Terbaiklah Resepi Mee Goreng Basah Sedap Ni

Terbaiklah Resepi Mee Goreng Basah Sedap Ni

4765
SHARE
Anda mesti cuba resepi mee goreng basah sedap ini. Masak sendiri di rumah dna pastinya lagi sedap daripada mee goreng basah mamak. Nyummm

Sekarang musim cuti sekolah kan, mesti ramai di rumah dipenuhi dengan anak – anak atau saudara mara kan. Jadi apakata anda hidangkan mee goreng basah sebagai sarapan di pagi hari . Memang senang dan sangat mudah tuk siapkan resepi ini. Terima kasih kepada Puan  Nur Adila Ramli atas perkongsian ya. 

Resepi mee goreng basah ni anda boleh letak apa-apa jenis lauk yang ada dalam freezer tu. Tak semestinya kena ikut bulat-bulat yang kami guna seperti sotong . Kalau nak sedap lagi , letak bahagian tulang-tulang ayam seperti kaki , kepak , hati. Terangkat anak-anak makan di pagi hari. Jom kita tengok bahan-bahan mee goreng basah ni. 

Ok bahan yang digunakan ini adalah untuk 1 paket mee ye . Kalau anda guna 3 , 4 paket , boleh gandakan sedikit kuantiti bahan yang digunakan ea .

World Wide Web Consortium Home

BACA DI LINK BARU : Begedil Penuh Rasa Daging

3 senduk cili kisar – anda boleh terus buat banyak cili kisar ni guna 2 genggam cili , 4 ulas bawang putih , 4 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang besar. Basuh bersih , buang biji cili dan blend. Jangan lupa masukkan minyak ke dalam cili kisar selain air untuk bolehkan tahan lama tanpa kulat di dalam peti ais.
1 biji telur
Lobak sawi dan taugeh – guna ikut kuantiti yang anda mahu
Sotong- guna ikut kuantiti yang anda mahu
1 biji tomato
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram

So itu sahaja bahan tuk masak mee goreng basah ni. Simple kan ? Bahan-bahan anda nak tambah macam udang ke apa semua , boleh je tambah takde masalah. 

Cara masak mee goreng basah ini pula , 

Pertama , panaskan kuali dan masukkan 3 sudu makan minyak masak , selepas itu masukkan pula cili kisar tadi dan menggunkan api kecil , masak sehingga cili kisar pecah minyak ya . Ini akan buatkan rasa mee goreng basah anda betul-betul sedap. Jadi pastikan ianya pecah minyak dan guna api sederhana kecil ja dan sentiasa kacau.
.
Kedua , masukkan lauk iaitu sotong tadi . Kacau dan tunggu sehingga masak . Pecahkan telur dan dan kacau sebati . Barulah terasa mewah mee goreng basah anda . 
.
Ketiga , masukkan tomato yang dipotong dan biarkan lembik sedikit sebelum masukkan lobak sawi dan terus masukkan mee tadi . Tambah taugeh , kicap manis dan sos tiram .
.
Keempat , besarkan api sedikit dan kacau rata mee goreng basah anda . Dah tak perlu letak garam dah sebab kicap dan sos tiram dah cukup masin nya. Jangan biar lama nanti mee anda menjadi kembang. Tak sedap . Taugeh pon pastikan segar , barulah rangup rasanya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Mee Goreng Mamak Istimewa Dengan Pes Lazat

Tutup api dan siap sedia dihidangkan. Memang best la . Kalau anda nak letak bawang goreng , perah asam limau lagilah terangkat rasa mee goreng basah ni. Selamat mencuba.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.

World Wide Web Consortium Home