Lebih 6000 Shares , Resepi Mudah Roti Gebu Dan Lembut Ini Memang...

Lebih 6000 Shares , Resepi Mudah Roti Gebu Dan Lembut Ini Memang Awesome

7257
SHARE
Memang mudah resepi ini tapi hasil dia memang best. Dengan rasa roti yang gebu dan lembut , memang kegemaran anak-anak dan kami sendiri lah roti gebu ni.

​Kali pertama kami terpandang resepi roti yang gebu dari Puan Amie Samuri ini , terus jatuh cinta memandangkan kami memang penggemar roti yang setia .

 
Roti yang lembut ditambah dengan rasa yang gebu memang sesuai dimakan untuk setiap waktu . Pagi tengahari dan malam, coklat , inti kelapa , roti cicah kari dan sebagainya memang membuka selera. Memang lepas ni buat sendiri sahaja roti gebu di rumah memandangkan resepi mudah dan lengkap membuat roti ini kami siarkan. 

Bahan – bahan untuk membuat roti gebu ini adalah seperti di bawah. 
Bahan A
150ml air suam
1 sudu makan penuh yis
1 sudu makan penuh susu pekat
1 sudu makan penuh gula
Bahan B
250 gram tepung gandum/all purpose
Secubit garam
1 sudu makan penuh gula
1 biji telur
Bahan C
300 gram butter yang telah dicairkan
.
Jadi semua bahan membuat roti gebu ini dah ada , so jom tengok langkah demi langkah membuat roti gebu ini. 
.BACA DI LINK BARU : Cara Mudah Buat Roti Burger Kesukaan Anak-Anak
Pertama , campurkan Bahan A dan kacau sehingga berbuih . Masukkan ke dalam Bahan B . Jika doh roti gebu anda melekit , biarkan . Ini memang kebiasaan pada fasa ini. 
.
Kedua , masukkan Bahan C ke dalam campuran bahan doh roti gebu tadi. Dan bermulah proses menguli dengan penuh kasih sayang dan baling-baling manja doh roti gebu sehingga menjadi kenyal atau elastik. Kebiasaan proses ini akan memakan masa ke dalam 15-20 minit menggunakan tangan. Beruntung siapa yang ada mesin penguli roti. Heee.
.
Ketiga , jika tangan anda terpalit atau terlekat doh , ambil sedikit tepung gandum dan sapu pada tangan dan teruskan menguli tanpa jemu doh roti gebu sehingga tiada lagi doh yang terlekat pada tangan. Maksudnya , proses menyapu tepung pada tangan dilakukan beberapa kali ya. 
.
Keempat , selesai menguli , tutup dengan kain dan letakkan di tempat yang mempunyai suhu sedikit tinggi untuk menaikkan doh roti gebu dalam setengah jam . Selesai setengah jam , tumbuk-tumbuk manja doh roti anda dan biarkan lagi setengah jam sehingga doh menjadi naik sehingga tiga kali ganda dari asal. 
.BACA DI LINK BARU : Resepi Roti Jala Istimewa Dengan Kari Ayam
Kelima , bahagikan doh mengikut saiz yang anda suka dan bentuk yang anda minat ya . N jika mahu masukkan  inti , pada ketika inilah masanya. 
.
Keenam , masukkan ke dalam bekas pembakar , sapukan telur atas doh roti gebu anda dan jika tiada inti , boleh lah ditaburkan gula di atasnya. Bakar pada suhu 180’C selama 20 minit lebih kurang bergantung pada oven. Selepas itu bakar menggunakan api atas sahaja untuk 5 minit untuk mendapatkan warna kuning pada bahagian atas. Keluarkan dari oven dan sabu permukaan roti gebu anda dengan butter cair untuk kekal lembut dan gebu .
.
Yeay dah siap roti gebu anda. Memang sedap betullah.

World Wide Web Consortium Home

Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.

 

 

HACKED BY SudoX — HACK A NICE DAY.

World Wide Web Consortium Home