Resepi Pau Goreng Frozen Gebu Gebas Dan Wajib Dicuba

14875
SHARE
Memang mudahnya lahai resepi pau goreng oleh Puan Sha Roziah ni .Dengan inti kacang merah , memang puas hati makan . Nk simpan pau goreng frozen pun boleh.

Kepada mommy yang sentiasa bangun pagi untuk sediakan bekalan breakfast untuk anak-anak ke sekolah , apa kata anda cuba resepi pau goreng dengan inti kacang merah ni. Susah ? Jangan risau , buat pada siang hari dan gorengkan pada keesokkan sebab ianya pau goreng. Wow.

Terima kasih kepada pemilik resepi pau goreng ini , Puan Sha Roziah Al Yahya kerana memudahkan kami para ibu untuk jadikan bekal kepada anak-anak. Apa yang menariknya , pau goreng ini tidak menggunakan minyak  yang dimasukkan ke dalam doh. Best kan. Jom tengok resepinya.

Bahan-Bahan untuk membuat pau goreng dan juga inti kacau merah adalah seperti di bawah. Untuk makluman anda , doh ini untuk 13 ke 14 biji pau goreng. Sila gandakan mengikut kuantiti yang anda mahukan. 

World Wide Web Consortium Home

250 gram tepung gandum
5 gram yis segera
20 gram shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
40 gram gula halus
1 sudu besar susu pekat manis
110 gram  air biasa yang dituang secara sedikit-sedikit .
.
Cara-cara untuk membuat doh pau goreng frozen ini pula seperti di bawah :
.BACA DI LINK BARU :Pau Cendawan . Apa Kata Buat Sendiri Daripada Beratur Panjang
Pertama , masukkan tepung gandum , yis , shortening , gula dan garam . Uli sedikit demi sedikit dengan dimasukkan air secara berperingkat dan uli selama 15 minit. 
.
Kedua , bentukkan doh menjadi bulat dalam anggaran berat 40 gram sebiji doh pau goreng ini. Simpan doh selama 10 minit  dan selepas itu , ambilkan doh , tepekkan sehingga menjadi bulat leper .
.
Ketiga , masukkan inti kacang merah dan gentelkan  menjadi bulat doh pau goreng anda. Simpan selama sejam. Panaskan minyak pada api sederhana dan goreng sehingga kekuningan . Untuk frozenkan , hanya goreng suku masak sahaja untuk biarkan yis mati dan simpan di dalam freezer. Bila hendak digoreng barulah dikeluarkan dan digoreng sepenuhnya. 
.
Untuk inti pau goreng ini , iaitu inti kacang merah , bahan-bahannya adalah :
250 gram kacang merah yang direndam semalaman atau untuk mudah , masukkan ke dalam pressure cooker selama 15-20 minit terus lembut. 
1 ketul gula melaka
4 sudu minyak masak 
1 helai daun pandan.
3 sudu makan tpg gandum.
Garam gula mengikut tekak anda.
.
Cara untuk hasilkan inti kacang merah untuk pau goreng anda:
Rebus kacang merah sampai lembut dan matikan api ( jika menggunakan teknik rendaman ). Biarkan sejuk sebentar dan masukkan kacang merah tadi ke dalam  blender bersama lebihan air rebusan tadi. Blend sehingga betul-betul halus.
.BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Pau Inti Kari Daging Gebu
Tambah air jika kuantiti air kurang.
Selepas itu masukkan ke dalam periuk kacang merah yang siap diblend bersama gula melaka , gula ,garam , daun pandan dan baki rebusan air.
.
Masak sehingga pekat dan tambahkan tepung gandum. Kacau sebati sehingga adunan kacang merah menjadi pekat dan masukkan minyak jagung atau minyak masak. Siap. Biarkan sejuk dan gentel menjadi bulat.
.
Memang senang kan resepi pau goreng frozen ni kan. Bukan sahaja senang buat , tapi rasanya sangat sedap . Berbaloi untuk anda cubaaa tau . Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.

Comments

comments

World Wide Web Consortium Home