Resepi Popia Sira Sambal Yang Rangup . Betul – Betul Menyelerakan

46897
SHARE
resepi popia sira sambal , popia sira rangup , popia sira sambal pedas , cara buat popia goreng

Siapa di sini penggemar popia sira sambal yang bersalut dengan kacang tumbuk dan juga bijan ? Dengan sos yang pedas-pedas manis, ditambah pula dengan rasa popia yang rangup memang memberi satu kenikmatan pada penggemarnya kan ?

Kali ini kami siarkan cara buat popia sira sambal yang betul – betul di kelasnya tersendiri hasil daripada resepi Puan Nurr Laila . Memang abes dia keluarkan rahsia untuk jadikan popia sira sambal yang lengkap rasanya dari segi manis , pedas , rangup .

Bahan – bahan popia sira sambal ini dibahagikan 3 bahagian iaitu kulit popia sendiri. Pilih yang bersaiz medium yang mengandungi 50pcs . Kedua , cara inti disediakan  dalam popia sira sambal yang menjadikan ianya rangup dan tidak mudah layu . Ketiga , sos sira sambal yang menggiurkan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Cucur Udang Rangup
.
Untuk inti popia sira sambal ini , anda boleh ubah berdasarkan rasa selera masing-masing . Untuk kali ini, anda gunakan taugeh , sengkuang , carrot , bawang besar yang dipotong dadu . Rahsia popia sira sambal rangup adalah anda perlu cuci bersih dan toskan sekurang-kurangnya 2 jam untuk pastikan inti  betul – betul kering. Barulah kerangupan popia bertahan walau keesokkan hari dan tidak mudah basi.
.
Anda boleh juga gunakan tisu dapur untuk menyerap lebihan air dalam bahan yang ditoskan tadi. Bila dah siap , ambil satu sudu dan susunkan di atas kulit popia dan gulung .
.
Cara goreng pula , haaa… ini salah satu tips lagi . Gunakan minyak yang banyak dan panaskan dengan api sederhana sehingga betul-betul panas dan masukkan popia . Goreng sehingga inti dalam masak . Ini bermakna , pastikan popia anda betul-betul garing baru diangkat. Sebab itu guna api sederhana besar , untuk elakkan cepat hangus. 
.
Untuk resepi sos sira sambal pula , ini resepi untuk nisbah 1kg gula . Kalau anda mahu dalam kuantiti yang sedikit , pecahkan nisbah contohnya guna 250g gula , anda harus bahagikan 4 semua bahan di bawah. Faham? Untuk resepi 1kg gula , anda perlukan;
resepi popia sira sambal , popia sira rangup , popia sira sambal pedas , cara buat popia goreng

100 gram cili kering pedas ( kecil panjang )
150 gram cili kering tak pedas ( besar pendek )
2 labu bawang putih
50 gram udang kering
Bahan di atas ini diblender. Masukkan sedikit sahaja air hanya  untuk menggerakan blender sahaja.Seterusnya bahan lain ;

1 kg gula
30 gran garam
3\4 cawan cuka makan
 Buka api sederhana kecil , masukkan semua bahan yang diblender dan bahan di atas ini , dan kacau sedikit sehinggalag mendidih . Tak perlu guna minyak , tak perlu tumis  tapi rebus sahaja ya. Apabila sudah mendidih , masukkan 50 gram udang geragau ( baring ) , ala yang halus-halus tu . Selepas itu bancuh 2 sudu tepung ubi dengan air dan masukkan ke dalam bahan sos sira sambal ini untuk pekatkan sedikit.

BACA DI LINK BARU : 5 Alat Berkualiti Menjadikan  Bulan Ramadhan Anda Berjalan Lancar
Sebelum menyira , pastikan popia anda extra garing tetapi bukan hangit ya . Masukkan sos di atas dulang , dan ambil popia , golekkan . Selepas itu susun dan anda akan perolehi popia sira sambal yang betul-betul rangup . Boleh ditabur dengan bijan sangai , kacang tumbuk atau bawang goreng atau ikut suka. Tapi jangan pula guna cheese ya . Ini bukan popia cheese . hee
.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.

Comments

comments