Video Resepi Popia Vietnam Yang Rangup

4344
SHARE

Assalamualaikum , kali ini kami akan siarkan cara buat popia vietnam yang sangat mudah tetapi bila dimakan , memang tak cukup dari satu batang ke batang yang . Memang sedap .

Bahan – bahan popia vietnam sangat senang didapati .Anda boleh membeli rice paper di pasaraya giant atau tesco di bahagian kering . Di Giant , rice paper terletak di bahagian spagethi , mee dan bihun kering , cari di sana dan insyaallah anda akan dapatnya .

Untuk bahan – bahan popia vietnam kali ini , kami menggunakan

  • Rice paper
  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar
  • Bijan hitam yang disangai terlebih dahulu
  • Hirisan lobak merah 
  • Tau miu 
  • Udang yang direbus 

Cara buat popia vietnam ini adalah :
.
Pertama , sediakan bahan – bahan seperti di atas atau anda boleh ubah mengikut selera anda . Bila semua bahan dah siap , ambil sekeping rice paper , celupkan sekejap ke dalam air dan terus letak di atas tempat pembalut.

BACA DI LINK BARU : Ayam Goreng Tepung Rangup Ala .. Tetapi Lagi Jimat Dan Lazat 
.
Kedua , masukkan hirisan lobak merah  , bawang goreng , bijan hitam dan tau miu , selepas itu gulung rapat sebanyak dua kali .Bila dah siap gulung, lipat di bahagian tepi di kedua – dua belah dan leta udang dua ekor serta daun ketumbar . Teruskan gulung ke sehingga siap . 
.
Ketiga , ulang langkah yang sama kepada kuantiti yang anda mahukan  . Untuk sos pencicah popia vietnam ini , kami menggunakan sos thai manis pedas yang dicampur dengan kacang tumbuk dan juga bijan hitam. 
.
Siap untuk dihidangkan .Anda boleh tengok video di atas untuk faham lebih lanjut .Antara tips yang boleh kami kongsikan untuk anda mendapat hasil hulungan popia vietnam yang elok , selepas celup ke dalam air , terus ratakan dan mula menggulung.

BACA DI LINK BARU : Kek Japanese Cotton Cheese Guna 3 Bahan Sahaja Tetapi Pasti Licin

Jangan ambil masa yang lama kerana rice paper akan menjadi lembik dan melekit dan ini akan menyukarkan anda untuk menggulung .
.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.

 

Comments

comments