6 Kesilapan Membuat Kek Yang Perlu Anda Elak

13403
Kami beri akak 6 kesilapan yang perlu anda elak ketika proses membuat kek untuk akak dapatkan hasil yang terbaik dan rasa kek yang awesome. Jom tengok
Kami beri akak 6 kesilapan yang perlu anda elak ketika proses membuat kek untuk akak dapatkan hasil yang terbaik dan rasa kek yang awesome. Jom tengok

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini , kami dari dapur mahu memberikan tips kepada anda tentang 6 Kesilapan Membuat Kek Yang Perlu Anda Elak . Cuba elakkan kesilapan di bawah ini dan tengok hasil kek anda. Ada perubahan atau tidak. Jom lihat.

1 –  Kek menjadi padat dan bantat di tengah-tengah berpunca daripada beberapa keselapan. Antaranya ialah lemak dan gula tidak cukup halus ketika diputarkan, telur tidak dipukul sehingga kembang atau menggunakan kepanasan oven yang melampau tinggi .Selain itu juga, penggunaan terlalu banyak cecair sehingga berlebihan kuantiti boleh menjadi punca utama kepada kesilapan ini.

2 – Kek menjadi kering akibat daripada kuantiti baking powder yang berlebihan dan masa memasak yang terlalu lama serta suhu yang tidak sesuai.

3 – Kek menjadi kasar dan berlubang/berongga diakibatkan oleh penggunaan baking powder berlebihan, sukatan tepung tidak tepat , mentega dan gula tidak dipukul rata serta suhu pembakaran yang terlalu tinggi.

Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.
Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.

4 – Kek naik tetapi tidak sama rata pula boleh berlaku akibat posisi kek yang tidak berada di tengah-tengah ketuhar serta posisi hot spot ketuhar beralih. Selain itu, ketuhar yang tidak cukup panas ketika dimasukkan kek juga boleh menjadi punca utama.

5 – Kek naik tetapi lekuk di tengah pula adalah akibat penggunaan cecair di dalam adunan yang terlalu banyak , pintu oven dibuka sebelum 45 minit pertama, suhu yang belum panas di dalam oven serta penggunaan baking powder secara berlebihan adalah punca masalah ini.

6 – Kek merekah di tengah pula adalah akibat daripada suhu pembakaran yang terlalu tinggi , kek diletakkan tidak sama tengah di dalam oven serta isipadu adunan kek terlalu penuh di dalam bekas acuan boleh menjadi punca utama.

Diharapkan , anda boleh elakkan kesilapan-kesilapan ini dan berjaya pada percubaan seterusnya.

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Untuk tips dan panduan lain  yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke kategori kami. . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH apa-apa artikel yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel