6 Panduan Menarik Hasilkan Kek Gebu Dan Cantik

8775
6 panduan menarik yang ditulis ini sangat mudah di ikut dan penting di amalkan untuk membantu hasilkan kek yang gebu dan cantik. Semoga bermanfaat .
6 panduan menarik yang ditulis ini sangat mudah di ikut dan penting di amalkan untuk membantu hasilkan kek yang gebu dan cantik. Semoga bermanfaat .

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur yang sudi mengunjungi web ini. Semalam anda dah membaca artikel mengenai 6 Kesilapan Membuat Kek Yang Perlu  Anda Elak . Hari ini kami bawakan anda artikel yang lebih menarik iaitu  6 Panduan Menarik Hasilkan Kek Gebu Dan Cantik . Jom kita tambahkan ilmu dalam meningkatkan kemahiran membuat kek.

Panduan di bawah ini sangat berguna kepada kami dan kami mahu anda tahu serta amalkan setiap kali membuat kek.

1 –  Elakkan mengguna telur yang berada di dalam peti ais . Gunakan telur pada suhu bilik untuk dapatkan hasil adunan yang cantik dan kek akan naik dengan cantik. Jika anda simpan telur di dalam peti ais, biarkan telur di luar untuk kembali kepada suhu bilik.

Tips – Boleh letakkan telur di dalam mangkuk berisi air suam untuk dapatkan suhu bilik jika anda terdesak. 

2 – Sukat bahan dengan tepat. Penting untuk anda dapatkan sebuah penimbang yang berkualiti untuk menyukat bahan – bahan yang diperlukan. Jangan sukat menggunakan cawan terus daripada bungkusan tepung kerana isapdu tepung mudah menjadi tumpat dan ini boleh menjejaskan hasil akhir kek anda.

3 – Guna berus pastri untuk gris loyang/acuan anda. Boleh juga gunakan baking paper untuk alas acuan adunan anda. Kenapa ? Untuk mudahkan kek dikeluarkan dan tidak melekat.

4 – Letakan posisi loyang/acuan di dalam oven anda pada bahagian tengah – tengah . Ini membantu kek anda masak dengan sekata dan mendapat suhu yang sesuai . Pengaliran udara juga menjadi lancar untuk kek masak dengan sempurna di bahagian dalam.

 

Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.
Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.

5 – Putarkan acuan/loyang ketika membakar kek. Ini untuk kek masak sekata. Tapi loyang/acuan diputar apabila mencapai 2/3 masa yang diperlukan. Contoh : Masa pembakaran sejam , putar loyang/acuan pada minit ke 35-40 minit.

6 – Sejukkan kek anda secara terbalik di atas rak penyejuk . Ini membantu pemukaan kek di atas menjadi rata . penting untuk membuat kek yang mempunyai 2 atau 3 lapisan.

Tips – Jika masih lagi tidak sekata , potong rata permukaan atas dengan pisau pemotong kek.

Diharapkan , anda boleh mengamalkan panduan mudah ini dan berkongsi bersama rakan-rakan .Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Untuk tips dan panduan lain  yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke kategori kami. . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH apa-apa artikel yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel