Resepi Agar-Agar Pandan Bersantan Lemak Berkrim

5218
Rasanya yang lemak berkrim pastinya membuka selera ramai orang untuk mencuba resepi agar-agar pandan bersantan ini.Cara penyediaan begitu senang sahaja.
Rasanya yang lemak berkrim pastinya membuka selera ramai orang untuk mencuba resepi agar-agar pandan bersantan ini.Cara penyediaan begitu senang sahaja.

Semestinya pada waktu petang, hidangan agar-agar bersantan bersama secawan teh pasti membuka selera sekeluarga . Resepi agar-agar ini menggunakan santan dan juga daun pandan sebagai pewarna. Memang senang untuk disediakan tapi rasanya yang lemak berkrim menjadi kesukaan ramai suri rumah.Jom tengok cara penyediaan resepi ini.

Bahan – bahan yang diperlukan untuk penyediaan resepi agar-agar bersantan ini adalah 10 gram serbuk agar-agar . Kali ini kami tidak menggunakan agar-agar bertali . 1 cawan gula pasir atau akak boleh kurangkan sedikit jika tidak mahu terlalu manis , 4 cawan air yang disukat dengan cawan yang sama , 200 ml santan kotak ditambah dengan 50ml air untuk mengelakkan menjadi terlalu pekat , 1 biji telur gred A  , sedikit garam penambah rasa , 2 helai daun pandan dan pewarna hijau berperisa pandan.

Cara-cara pembuatan resepi agar-agar pandan bersantan ini adalah seperti di bawah.

Pertama, satu biji telur dipukul bersama santan yang telah dicampurkan air sehingga sebati itu . Selepas campuran sebati , tutup api dan biarkan seketika.

Kedua, panaskan periuk yang besar sedikit  menggunakan api kecil atau sederhana kecil dan masukkan 4 cawan air bersama gula pasir yang telah disukat dan juga dua helai daun pandan. Kacau menggunakan spatula kayu sehingga semuanya hancur dan sebati. Elakkan menggunakan api besar kerana gula boleh menjadi hangus dan rasa agar-agar pandan bersantan akak tidak enak.

Ketiga , selepas campuran sebati di atas  dapur , kecilkan sedikit api dan masukkan pewarna hijau yang berperisa pandan bagi mendapatkan warna hijau yang cantik dan berbeza dengan tekstur lapisan santan pada hasil akhir.

Keempat, masukkan campuran santan bersama telur yang telah dipukul tadi dengan cara menuang perlahan-lahan ke dalam periuk dan masukkan juga sedikit garam. Kacau perlahan sehingga semuanya sebati menggunakan api yang kecil . Bila mendidih , tutup api dan biarkan seketika.

Kelima, akak boleh menuang ke dalam bekas empat segi atau acuan yang menarik untuk hasil yang cantikd dari segi bentuk. Sejukkan ke dalam peti dalam 7-8 jam . Bila hendak dimakan, barulah keluarkan agar-agar pandan bersantan itu.

Selamat mencuba resepi agar-agar pandan bersantan yang menarik dan rasa yang lemak berkrim ini. Memang lengkap resepi aagr-agar pandan bersantan yang kami sediakan untuk akak sebagai hidangan pada waktu minum teh .

Kami yakin resepi agar-agar pandan bersantan yang disertakan  ini , akak pasti mendapatkan hasil yang sempurna dengan izinNYA jua.

Sila berkongsi dengan kawan-kawan jika akak rasa ini resepi terbaik dan lengkap .
Untuk lihat lagi koleksi resepi kami akak boleh klik tag di bawah. Terima kasih.

Jangan lupa klik share dan berkongsi pada kawan-kawan di facebook ye.