Air Bandung Laici Cincau Vs Air Nanas Soda Istimewa Bulan Ramadhan

3419
Kami nak berikan 2 resepi air bandung laici cincau dan air nanas soda yang boleh bantu anda hilangkan dahaga pada bulan Ramadhan ini. Menghilangkan dahaga betul

Kami nak berikan 2 resepi air bandung laici cincau dan air nanas soda yang boleh bantu anda hilangkan dahaga pada bulan Ramadhan ini. Yerlah sekarang panas. Kalau tak minum ais macam rasa tak puas pula.

Tapi jangan risau,terima kasih kepada Tuan Ben Safwan yang banyak berkongsi resepi best di wall Fb nya. Anda semua boleh follow di sana. Kali ini dua resepi air yang menarik perhatian.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Batik Best Lembut Dengan Tips Cantikkan Permukaan

Buah dalam tin yang digunakan untuk buat air bandung dan juga nanas ialah daripada jenama Hosen. Salah satu jenama yang berkualiti. Walaupun harga sedikit mahal, tapi saiz serta kesempurnaan buah dalam tin memang akan anda dapat bezakan berbanding dengan jenama lain.

Jom kita tengok resepi pertama, iaitu Air Bandung Laici.Sukatan yang digunakan adalah untuk 2 jug size 1.6 liter. Kalau anda nak buat 1 jug sahaja, boleh bahagi dua sukata bahan di bawah ya.

Salah satu tips ialah anda hanya perlu sagat sahaja cincau untuk dapatkan dalam saiz rata dan menarik. Gunakan sagat bersaiz besar sedikit. Kerja pun menjadi senang.

Bahan Resepi Air Bandung Laici Cincau :

  • 1 tin laici jenama Hosen
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
  • 3 1/2 sudu makan sirap cap rose
  • 1 sudu makan biji selasih
  • 5-6 bini kurma merah
  • 50-60 gram cincau hitam

Kami nak berikan 2 resepi air bandung laici cincau dan air nanas soda yang boleh bantu anda hilangkan dahaga pada bulan Ramadhan ini. Menghilangkan dahaga betul

Cara Buat Air Bandung Sedap :

#1: Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sekitar 1 jam.Sagat cincau ke dalam bekas berasingan.

Masukkan susu pekat,susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.

Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda,boleh juga tapi Ben suka cara camni. Silakan .

Dah siap dah air bandung yang sedap, kita tengok pula cara buat air nanas soda. Gunakan air cream soda daripada F&N.

Bahan Resepi Air Nanas :

  • 1 tin nanas dalam tin jenama Hosen
  • 1 1/2 cawan air cream soda
  • 5 potongan /1/3 daripada sebiji nanas saiz sederhana

Kami nak berikan 2 resepi air bandung laici cincau dan air nanas soda yang boleh bantu anda hilangkan dahaga pada bulan Ramadhan ini. Menghilangkan dahaga betul

Cara Buat Air Nanas Soda :

#1: Pertamanya anda tak perlukan gula sebab dah cukup kemanisan daripada dalam tin dan juga air cream soda.Oh ya, sukatan bahan ini untuk hasilkan sebekas air dalam jug atau 1.6 liter. Cukup untuk 2-3 orang minum 2 gelas seorang.

Ambil potongan nanas dan kisar bersama air soda. Tapiskan atas penapis santan untuk hilangkan buih nenans yang dikisar. Kacau dengan sudu supaya air jus turun ke bekas.

Barulah isi dalam jug bersama nanans dalam tin dan juga masukkan ais yang diketuk kecil-kecil.Dah siap.Sedap

Bolehla anda cuba dua resepi air ini untuk berbuka puasa.

Kami nak berikan 2 resepi air bandung laici cincau dan air nanas soda yang boleh bantu anda hilangkan dahaga pada bulan Ramadhan ini. Menghilangkan dahaga betul

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom