
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur . Sekarang cuaca sangat panas kan, tubuh badan rasa lesu dan lemah . Nak beli vitamin, mahal dan tak semestinya berkesan . Jadi kami cadangkan akak cuba cara ni , segarkan tubuh badan dengan pelbagai air detox. Apa itu maksud detox ?
Detox ini seperti satu cara pembersihan tubuh dari segalam kotoran dan bahan yang tidak diperlukan oleh badan . So , macam flush saluran badan supaya sentiasa baru dan mantap fungsinya. Selain daripada di atas, detox juga membantu untuk melicinkan kulit dan membakar lemak pada tubuh badan.

Memang dua dalam satu la kan detox ni. Bukan sahaja tubuh menjadi idaman sang suami, tapi sistem tubuh badan seperti hati , ginjal dan buah pinggang juga dalam berkeadaaan bagus.
Air detox ni boleh dibuat sendiri dan tidak perlukan kos yang mahal . Untuk lagi bertambah kesannya , akak buat senaman ringan . Senaman + air detox = akak awesome kan.
Antara kebaikan air detox ini antaranya ialah :
- membantu membakar lemak dan mengurangkan berat badan
- mengempiskan perut
- meningkatkan imunisasi badan serta membuang toksin di dalam badan
- mencuci sistem dalaman tubuh badan
- mencantikkan kulit kerana kandungan Vitamin C yang tinggi

So , macam mana nak buat air detox ni ? Akak boleh gunakan apa-apa kombinasi buah-buahan citrus seperti lemon , limau nipis, oren , limau kasturi , nenas , epal merah dan hijau , tembikai , pear , timun. Selain itu juga , akak boleh masukkan daun pudina , halia , rasberi dan sebagainya.

Tips-pilih sekurang-kurangnya 2-3 bahan yang berlainan supaya banyak khasiat dapat diserap.
Potong buah-buahan dan bahan yang akak pilih dengan nipis .
Masukkan ke dalam botol / balang yang mempunyai penutup
Isi botol/balang denagn air sejuk ( air dari peti ais )
Biarkan semalaman / 8 jam sebelom diminum.

Memang bagus dan waktu terbaik air detox diambil adalah ketika perut kosong dan pada waktu pagi selepas akak bangun dari tidur. Senang kan. Selamat mencuba. Jom amalkan selepas ini ea akak.
Untuk tips dan panduan lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke Kategori kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH tips/panduan/resepi akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .