Perkara yang paling membahagiakan seseorang wanita adalah bergelar seorang ibu. Kehamilan juga adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Justeru itu, saya pasti kita yang hamil mahu memastikan bayi yang kita kandung sembilan bulan sepuluh hari berada dalam keadaan yang sihat walafiat.
Pada kali ini saya ingin kongsikan lima amalan bagus ibu hamil yang boleh diamalkan sepanjang waktu mengandung untuk permata hati yang tersayang. Tambah-tambah lagi bagi yang pertama kali mengandung kan.
Saya juga ada menulis 16 Resepi Berpantang Untuk Orang Bersalin Yang Berkhasiat Tinggi di sini yang mungkin nda tercari-cari.
Yang pertama adalah sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat sepanjang kehamilan. Ini kerana ,makanan yang mempunyai khasiat tertentu akan membantu dalam proses perkembangan janin yang masih berada dalam kandungan ibu. Selain daripada pengambilan supplement yang dibekalkan oleh klinik seperti Folid Acid, Vitamin C, B Complex dan lain-lain lagi, anda juga boleh mengamalkan makanan tambahan lain seperti makanan sunnah yang telah diamalkan sejak berkurun lama.
Antaranya adalah selalu makan buah delima, madu, kurma, dan daging kambing. Apa khasiat setiap makanan ni? Ini yang saya akan kongsikan pada anda yang sedang membaca ni. Khasiat buat delima sangat bagus kerana ia mempunyai kandungan yang sangat tinggi antioksidan dan merupakan penawar pelbagai jenis penyakit dengan izinNya. Buah delima dapat melindungi otak bayi serta menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik. Ia juga dapat mengurangkan morning sickness bagi ibu trimester pertama. Manakala kismis pula mempunyai pelbagai khasiat seperti membersihkan perut, melancarkan perjalanan darah, menbentuk tulang yang kuat dan mengelakkan sembelit.
Amalan bagus ibu hami yang kedua adalah sentiasa mengamalkan surah-surah yang bagus untuk kandungan. Kita semasa hamil pasti akan mengalami perasaan yang pelbagai seperti perasaan gembira, tak sabar, takut dan pelbagai lagi. Lebih-lebih lagi bila telah hamper dengan hari melahirkan. Kadar stress dan kerisauan akan makin bertambah. Disebab itu, kita umah Islam khususnya menggalakkan kita berdoa agak lebih rasa tenang.
Berikut adalah contoh surah-surah yang bagus untuk diamalkan.
- Membaca Surah Al-Fatihah. Amalan ini memiliki keutamaan sebagai ruqyah, untuk mengobati segala penyakit dan kesusahan. Boleh dibaca satu kali, tiga kali, tujuh kali, atau lebih.
- Membaca surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas. Masing-masing dibaca 3 kali di pagi hari, sore hari, dan menjelang tidur.
- Membaca ayat Kursi, yakni ayat 255 pada surat Al-Baqarah. Baik dibaca satu kali di pagi dan sore hari, menjelang tidur, dan saat dzikir setelah shalat fardhu.
- Membaca 2 ayat terakhir dari surat Al-Baqarah, yaitu ayat 285 dan 286. Baik dibaca satu kali di sore hari atau menjelang tidur. Membaca ayat ini insya Allah akan menjaga dan melindungi Anda dari segala gangguan.
- Membaca 5 ayat pertama dari surat Al-Baqarah.
Seterusnya amalan bagus ibu hamil adalah sentiasa berdoa dan kepada Allah SWT agar supaya nanti ibu hamil dan janin yang dikandung dilindungi Allah SWT, dan diberi kemudahan pada saat persalinan nantinya. Selain daripada itu, banyakkan zikir dan Istighfar. Sebelum dan selepas solat 5 waktu perbanyaklah zikir dan itighfar iaitu ucapan” Astaghfirullaah” dan “Laa haula walaa quwwata illaa billaah” yang bermaksud, “Tiada daya dan kekuatan melainkan karena pertolongan Allah.”
Amalan seterusnya adalah sentiasa aktifkan diri tapi tidak memudaratkan. senaman ini bagus untuk mudahkan bayi engaged dan cepatkan bukaan. Tapi perlu diingatkan, anda tidak boleh berlebih-lebih semasa bersenam kerana bimbang ia akan memberi kesan pada bayi kita.
Selain dari bersenam, saya pernah berbual dengan pakar nutrisi yang mengatakan bahawa semasa mengandung elok banyakkan minum susu kambing. Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Selain itu, susu kambing dapat menghasilkan kulit bayi yang cantik. Pasti anda semua ibu mengandung suka melihat bayi yang bersih dan cantik serta bebas dari pelbagai penyakit. Amalan minum susu kambing diawal kehamilan dapat membantu bayi jauh daripada risiko penyakit kulit.
Demikian amalan-amalan yang baik dilakukan bunda pada saat menjalani masa kehamilan. Semoga amalan bagus ibu hamil ini bermanfaat untuk anda semua.
Jangan lupa suscribe channel You Tube saya untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap.</>