Resepi Apam Bakar Kelantan Yang Akan Menjadi Tradisi

29265
Kuih Apam Bakar Kelantan

Saya masih ingat waktu zaman persekolahan di Kelantan , sebelum berhijrah bekerja di Negeri Sembilan ini sudah dewasa ini, ketika dalam perjalanan pergi ke sekolah, kadang-kadang mak akan berhenti beli kuih muih untuk saya jadikan bekal di kantin.

Banyak kuih yang masih saya ingat bentuk dan namanya.Kuih cekmek yang bewarna oren manis berisi air gula , kuih topi yang luarannya rangup dengan tengahnya menonjol.Saya dan kakak akan makan secara sedikit demi sedikit di bahagian tepi dahulu sebelum menjamah bahagian tengahnya. Kuih colek malas , kuih lompat tikam , tepung boko , tepung ubi dan banyak lagi.

Tapi ada satu kuih yang antara top fav saya. Kuih apam kelantan . Ianya berbeza dengan kuih apam moden yang ada inti kacang , jagung manis dan sebagainya. Kuih apam ini dibakar tanpa minyak dan cicah dengan kelapa muda parut bersama gula garam dicampur sekali. Sangat sedap dan lemak manis rasanya.

Lama saya mencari cara buat kuih apam kelantan di laman-laman resepi tapi tidak jumpa hingga baru-baru ini saya terpandang di laman sosial milik Puan Zaimah Zakaria mengenai kuih ini. Terus saya meminta izin untuk berkongsi sebagai rujukan di masa depan. Apam bakar Kelantan berbeza kerana menggunakan tepung beras. Bukan tepung gandum seperti apam lain.

Jom tengok bahan-bahan resepi apam bakar tepung beras ni.Bestnya boleh saya buat nanti.

  • 300 gram tepung beras
  • 130 gram gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 200 ml santan
  • 2 sudu teh yis
  • 4@5 biji pisang mas/berangan 
  • 4 ketul tapai ubi
  • 1 sudu kecil lada hitam *
  • 1 inci lengkuas* 
  • 1 inci halia*
  • 2 biji bwg merah kecil *
  • 200 ml air*

Anda juga boleh mencuba  Resepi Kuih Apam Puteri Ayu
untuk yang teringin mencubanya.

Kuih Apam Bakar Kelantan

Cara membuat kek apam bakar kelantan ini pula :

#1: Bahan-bahan yang bertanda dikisar dan ditapis.Ambil airnya dan sukat hingga ke 200ml sahaja.Bancuh yis dengan masukkan ke dalam air tapisan ini.

#2: Buah pisang , tapai ubi , garam dan gula dilenyek sehingga hancur . Tambahkan tepung beras bersama santan. Masukkan pula air tapisan bersama yis tadi ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.

#3: Untuk dapatkan apam bakar yang lembut, sebelum dibakar, perap adunan selama 2 jam. Seeloknya buat pada waktu malam dan apam boleh dibakar pada waktu pagi untuk dijadikan sarapan.Selain daripada kelapa muda parut, bagi yang mahu mencuba, boleh dicicah dengan sambal bilis. Sedapny.

#4: Panaskan kuali dengan gris/sapu sedikit minyak. Masukkan adunan ke dalam kuali sebanyak 2 senduk.Masak dengan api kecil lebih kurang 3-4 minit. Bila bahagian bawah sudah mula masak dengan tompok-tompok garing kelihatan, terbalikkan dan tunggu 3-4 minit lagi.

#5: Apam bakar tepung beras Kelantan ini sesuai dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan secubit garam serta sedikit gula.Memang sangat menggamit kenangan tambah-tambah pada waktu hujan.

Selamat mencuba resepi kuih tradisional ini. Jangan lupa suscribe channel You Tube saya untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap.
</>