Apam Labu Mekar Merekah

3070

Bahan – Bahan : 
Bahan A:-

3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B:

240 gm labu (dikukus/rebus)
150 gm gula kastor
1 biji telor
150 ml santan pekat

Bahan C:(ayak bersama)

200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder

Cara Membuat:

1 – Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.Kemudian biarkan adunan selama 5 – 10 minit.Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus.

2 – Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.

3 – Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*sy tutup mangkuk adunan).

4 – Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*sy guna acuan kecil dan kukus selama 15 – 18 minit).

Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

Nota:

Kalau nak apam yang merekah/mekar, sila gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lompang. Jika menggunakan acuan lompang yg di sapu sedikit minyak, apam akan naik biasa saja dan x merekah sangat