Resepi Asam Pedas Ikan Pari Power Habis.Rugi Tak Mencubanya

10755
Buat penggemar asam pedas , anda kena cuba resepi yang kami hasilkan untuk kali ini.Asam pedas ikan pari yang semestinya menawan hati mereka yang merasainya.Dengan kuah yang masam, pedas,serta cukup rempah pasti membuka selera.

Bagi penggemar masakan asam pedas,sebut sahaja asam pedas ikan pari,merah atau kembung,daging tetel dan juga ayam,semua sedap boleh mencairkan mulut bila teringat kan.

Kalau makan kat kedai ,kadang-kadang servis lambat,laukknya sedikit dan tak berbaloi kecuali di sesetengah kedai yang menjual asam pedas popular kan.

Apa kata buat sendiri menggunakan resepi asam pedas ikan pari mudah tapi power yang kami berikan di bawah ini.

Rahsia untuk resepi asam pedas kami ialah gunakan jintan manis,putih,ketumbar yang disangai terlebih dahulu serta sedikit rempah kari. Selain itu jangan kisar bahan-bahan tertentu tapi tumbuk lumat sahaja.Mesti bebeza rasanya nanti .

Anda pernah rasa asam pedas ikan pari seperti resepi ini ? Kalau tak,memang wajib cuba dan nilaikan sendiri.

BACA DI LINK BARU : Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan Untuk Pelengkap Nasi Berlauk

Untuk lauk yang berbeza,boleh gunakan mengikut pilihan hati.Ikan pari ,kembung,jenahak,merah semua tiada masalah guna resepi ini.

Tips untuk dapatkan rasa asam pedas yang memikat selera adalah tumis dengan api kecil biarkan pecah minyak sebelum dimasukkan air dan barulah besarkan api sehingga kuah mendidih. Barulah dimasukkan lauk dan tak perlu masak lama.Nanti isinya hancur.

Bahan-bahan untuk resepi asam pedas ikan pari :

  • 2 biji bawang merah saiz 50 sen baru
  • 2 ulas bawang putih Bawang putih 
  • 0.5 cm Kunyit hidup 

Semua bahan tumis asam pedas ini ditumbuk lumat.

  • 1 sudu teh Jintan manis 
  • 1 sudu teh Jintan Putih 
  • 1 sudu teh Lada Hitam 
  • 1 sudu teh halba

Bahan di atas ini disangai terlebih dahulu baru ditumbuk masuk ke dalam bawang tadi

  • 1 sudu makan Air asam jawa 
  • 1 mangkuk Cili kering dikisar 
  • 1 batang serai diketuk
  • 5-6 batang daun kesum 
  • 1 sudu teh Serbuk Kari Ikan/daging 
  • 1 keping asam keping
  • 1 1/2 mangkuk air
  • 4-5 ekor ikan pari saiz kecil

Buat penggemar asam pedas , anda kena cuba resepi yang kami hasilkan untuk kali ini.Asam pedas ikan pari yang semestinya menawan hati mereka yang merasainya.Dengan kuah yang masam, pedas,serta cukup rempah pasti membuka selera.

Cara-cara penyediaan asam pedas ikan pari : 

#1: Panaskan minyak ,tumis sehingga naik bahan tumbuk dan kekuninagn barulah masukkan cili kering yang dikisar , biar pecah minyak dan tambahkan air asam jawa , serai n daun limau purut , asam keping serta ditambah air secukupnya Jangan banyak sangat air ya.
.
#2: Bila kuah asam pedas dh mendidih , masukkan daun kesum,knor pasti sedap , garam gula ikut tekak .

#3: Barulah dimasukkan ikan pari . Biarkan dalam 6-7 minit sehingga masak dan boleh la tutup api.

Boleh masukkan bendi,tomato atau bunga kantan jika suka.Terpulang ya.

Buat penggemar asam pedas , anda kena cuba resepi yang kami hasilkan untuk kali ini.Asam pedas ikan pari yang semestinya menawan hati mereka yang merasainya.Dengan kuah yang masam, pedas,serta cukup rempah pasti membuka selera.

Dah siap dah asam pedas ikan pari best ni.Memang terasa kelainannnya jika buat seperti ini.Selamat mencuba.
Merecikkk hirupnya kuah asam pedas melaka style bila dah habis makan nasik. Sedap .

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom