Asam Pedas Terangkat Habis

3605

Kalau tiba – tiba teringin mahu makan asam pedas  , mesti anda terfikirkan restoran asam pedas yang ada di Melaka kan ? Apa kata anda cuba sendiri resepi masakan kali ni , asam pedas . 

Anda boleh guna apa – apa ikan . Kembong , merah , daging , jenahak ikut citarasa pilihan anda. Kami gunakan ikan jenahak untuk kali ni . Memang pekat dan sedap cara masak asam pedas seperti ini . 

Bahan bahan untuk masakan asam pedas ikan jenahak adalah seperti ini  . 
Bawang merah 2 biji size sederhana
Bawang putih 2 ulas
Kunyit hidup 0.5 cm
( ditumbuk kasar )
.
Jintan manis 1 sudu kecil
Jintan Putih 1 sudu kecil
Lada Hitam 1 sudu kecil
( disangai terlebih dahulu baru ditumbuk kasar rempah ini semua )
.
Halba tak payah tumbuk 1 sudu kecil
Air asam jawa 1 sudu besar
Cili kering dan kisar 1 mangkuk
Serai 1 batang
Daun kesum 
Serbuk Kari Ikan/daging 1 sudu kecil
BACA DI LINK BARU : Video Resepi Popia Vietnam Yang Rangup

Panaskan minyak ,tumis sehingga naik bau bwg mrh dan putih beserta kunyit yg ditumbuk kasar tadi . Masukkan pula jintan manis ,putih ,lada hitam yang telah disangai jap n tumbuk kasar utk bg naikkan bau lg. lps tu masukkan cili kering , biar pecah minyak n masukkan air asam jawa , serai n daun limau purut , asam keping serta ditambah air secukupnya Jangan banyak sangat air ya.
.
Bila dh mendidih , masukkan daun kesum , knor pasti sedap , garam gula ikut tekak .
.
Barulah dimasukkan ikan . Biarkan dalam 6/7 minit setiap bahagian . Jangan lama sangat . bergantung jenis ikan.
BACA DI LINK BARU : Video Resepi Japanese Cotton Cheesecake Lengkap Untuk Anda
Merecikkk hirupnya kuah asam pedas melaka style bila dah habis makan nasik. Sedap .
.
Lengkap kami berikan untuk anda step by step resepi asam pedas melaka style ini untuk anda ya. Jangan lupa untuk mencubanya. 
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.