Resepi Ayam Goreng Kunyit Paling Senang Tapi Bertambah Nasi

126711
resepi ayam goreng kunyit mudah

Sebut sahaja mengenai ayam, mesti terbayang pelbagai cara masakan ayam yang boleh dibuat antaranya ayam goreng kunyit yang dicampur dengan sedikit serbuk kunyit, garam dan semestinya sayur-sayuran utama iaitu bawang besar,kacang panjang dan bunga kobis.

Saya suka hidangan ayam goreng kunyit ala thai yang dimakan bersama kuah tomyam dan telur dadar.Ianya satu kombinasi yang cukup sempurna di mata saya. Jangan lupa timun dan juga sambal belacan.Tapi bila order di kedai makanan Thailand, terlalu minyak yang digunakan dan bahan perasa MSG.Tidak baik untuk kesihatan diri.

Resepi ayam goreng kunyit ini adalah daripada hasil perkongsian Puan Nina Mahdar.Memang antara hidangan ayam yang boleh anda cuba .Saya juga ada memasak   Resepi Ayam Paprik Thai  di sini yang boleh anda cuba.

Bahan-bahan ayam goreng kunyit untuk dua orang makan. Masa untuk memasak ayam goreng ni sangat singkat antara 15-20 minit sahaja dan ianya fav anak-anak saya. Anda boleh juga gantikan ayam dengan daging dan taraa, ianya menjadi resepi daging goreng kunyit.Cuma potongan daging haruslah nipis.

  • 2 ketul bahagian ayam yang anda suka.Potong kecil.Saya sukakan bahagian ayam yang mempunyai tulang.Sedap meratah. *
  • 1 sudu makan kunyit *
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah  *
  • 1 sudu teh serbuk kari *
  • 1 sudu teht epung jagung *
  • 1 sudu teh garam halus *
  • Sedikit serbuk perasa

resepi ayam goreng kunyit mudah

Sayur yang boleh anda guna untuk masakan ayam goreng kunyit ini :

  • 3 cm lobak merah 9 carroct ) yang dipotong halus memanjang.
  • 1 biji cili padi merah untuk anda yang mahu pedas
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 biji lada merah besar dipotong halus
  • 1 mangkuk bunga kobis putih
  • 1 mangkuk kacang panjang dipotong 2-4 cm

Cara masak ayam goreng kunyit sangat simple.

#1: Gaulkan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Panaskan kuali dan masukkan minyak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

#2: Goreng ayam sehingga isi ayam masak dan luaran ayam menjadi garing.Cara untuk tahu ayam telah pun masak ialah dengan terbalikkan ayam tanpa isi ayam melekat di dasar kuali.

#3: Masukkan sayur-sayuran pilihan anda yang jenis keras dahulu seperti lobak merah dan juga bunga kobis. Bila ianya mulai layu dan masak barulah dimasukkan baki sayuran lain seperti hirisan bawang, potongan cili dan juga kacang panjang.

#4: Perasakan dengan serbuk perasa.Saya biasanya menggunakn Knorr Pasti Sedap dalam resepi ayam goreng kunyit kerana rasanya yang lebih sedap pada saya.Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

resepi ayam goreng kunyit mudah

Tapi saya suka ambil nasi putih tu , gaul ke dalam baki minyak dalam kuali menggoreng ayam tadi. Dan makan.Hee.Saya tahu ianya tidak elok , tapi sedap macam tu. hee Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom