Ayam Goreng Tepung Rangup Ala .. Tetapi Lagi Jimat Dan Lazat

53183
Kami yakin anda mencari resepi ayam goreng tepung rangup ini untuk dibuat kerana anak - anak pasti sangat sukakannya. Jom la kita buat tau .
Kami yakin anda mencari resepi ayam goreng tepung rangup ini untuk dibuat kerana anak - anak pasti sangat sukakannya. Jom la kita buat tau .

Pemilik resepi ayam goreng tepung rangup ini adalah dari Puan Fafae Mimie . Pernah anda terbayang bagi mereka yang mempunya ramai anak dan sekali sekala teringin makan ayam goreng tepung rangup ,terpaksa mengeluarkan belanja yang besar membelinya di restoran makanan segera yang terkenal ? Walaupun ayam goreng tepung rangup , tetapi sebagai ibu , terdetik juga kesan kepada fizikal anak – anak akibat pengambilan bahan pengawet , gula yang tinggi dalam air minuman bekarbonat yang dihidangkan bersama. 

Mahukah anda sebagai ibu ketahui cara jimat dan dapat kawal penggunaan bahan masakan yang diingini , sedap semestinya untuk resepi ayam goreng tepung rangup ala XXX itu ? Jom . Sila tengok betul – betul dan ikot resepi sebijik – sebijik bersama tips kami berikan untuk anda ya.

Ini sukatan resepi untuk separuh ekor ayam dalam anggaran 8 ketul ayam. Untuk dapatkan ayam goreng tepung rangup yang cantik dan sedap , kita akan gunakan teknik double coating iaitu ayam akan diperap , selepas itu dimasukkan telur , lumur tepung , rendam dalam acuan telur semula , lumur tepung dan goreng sehingga kuning keemasan menggunakan teknik deep fried atau secara rendaman minyak sepenuhnya pada api kecil untuk hasil ayam goreng tepung rangup terbaikkk. Dah faham ? Jom kita tengok .

BACA DI LINK SEBELAH : Cara Mudah Hasilkan Tepung Goreng Pisang Rangup

Ini untuk bahan perap bagi separuh ekor ayam  , 2 sudu makan sebuk cili yang ada biji or kita panggil cili kasar , 10 ulas  bawang putih ditumbuk , 1 sudu makan lada hitam , 1 sudu makan lada sulah , 1 sudu makan serbuk secukup rasa , 1 sudu kecil garam ,1 sudu kecil soda bikarbonat  , 2 sudu makan sebuk kari ayam , 1 sùdu makan cuka  untuk ayam goreng tepung menjadi rangup di semua bahagian dalam dan luar. Perap bersama ayam selama 30 minit atau mengikut citarasa anda. Lagi sedap dibiarkan semalaman di dalam peti . Jika dah selesai memerap dan anda sedia untuk menggoreng , pecahkan 2 bijik telur ayam ke dalam bahan perapan dan gaul sebati . Gaul dengan tangan lagi teserlah rasa kasih sayang kan. Rujuk gambar.

1

Untuk penyediaan tepung ayam goreng rangup ini pula , anda perlukan 2 cawan tepung gandum , 2 cawan tepung jagung , 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil soda bikarbonat . Sebatikan semua . Guna sukatan ini untuk anda gandakan mengikut kuantiti . Oleh kerana ayam goreng tepung rangup kita menggunakan kaedah double coating , pecahkan 2 biji telur dan kacau rata .

Selepas itu ayam yang diperap dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi tepung goreng rangup . Selepas itu dimasukkan semula dalam bancuhan telur dan akhir sekali , dilumurkan tepung sekali lagi. Faham kan ?

Untuk menggoreng pula, sebaiknya gunakan periuk untuk jimat minyak sebab kita memerlukan minyak dalam kuantiti yang banyak . Panaskan minyak pada api besar sehingga minyak betul – betul panas dan barulah dikecikkan semula. INGAT , guna api kecil sahaja untuk elak ayam goreng tepung rangup kita menjadi hangit.

Bila minyak panas pada api kecil , masukkan ayam seketul atau dua ketul sahaja berdasarkan besar periuk yang kita guna. Ini untuk elakkan ayam menjadi tidak masak rata dan lambat serta mengelak dari menyerap minyak berlebihan. PASTIKAN AYAM TERENDAM SEPENUHNYA DALAM MINYAK.

Tanda ayam goreng tepung rangup kita sudah masak , ianya timbul di atas berbanding pada awal kita menggoreng tadi.

2

Kami jamin , bukan setakat anak – anak yang suka dengan ayam goreng tepung rangup anda buat ini , malahan orang dewasa juga. Walaupun lazat , tetapi penyediaannya tiga empat  kali lebih murah berbanding harga untuk dua ketul ayam goreng di makanan restoran segera .

BACA DI LINK SEBELAH : Resepi Cucur Udang Rangup

3

Nanti kami akan keluarkan pula cara membuat sos lada hitam bersama kentang lenyek atau kita panggil mashed potatoe khas untuk anda.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom