Resepi Ayam Masak Sos Tiram Dengan Air Kelapa. Best Sangat

12070
Pernah cuba resepi ayam masak sos tiram dengan air kelapa camni ? memang sedap rasa ayam yang dilumur sos tiram,bahan tumbuk serta direneh dalam air kelapa.

Sekali rasa resepi ayam masak sos tiram dengan air kelapa,serai ni, memang sedap betul. Rasa serai,bawang tumbuk,sos tiram dan air kelapa masuk ke celah-celah isi ayam yang direneh dengan api perlahan, memang sangat mengasyikkan. Tiada bau hanyir.

Ayam masak sos tiram ni boleh dimasukkan dalam kategori slow cooking /renehan. Dari setengah periu air kelapa, ianya hanya tinggal sedikit kurang dari suku sahaja apabila siap. Memang terbaik.

Untuk lagi sedap,gunakan ayam kampung. Isinya yang liat,keras, bila direneh, cukup lembut. Dengan lemak yang sedikit,membantu rasa kuah renehan lagi mempesonakan.Tapi kalau tiada,guna je ayam bandar biasa.Tiada masalah.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Lompang Pandan Sukatan Cawan Sedap Asli Terbaik

Terima kasih kepada Puan Sufie Adila yang sumbangkan resepi ayam masak sos tiram air kelapa ni. Boleh kita semua mencubanya. Bagi yang suka sayur, boleh guna sayur kangkung untuk gandingkan dengan menu masakan ayam ini.

Pernah cuba resepi ayam masak sos tiram dengan air kelapa camni ? memang sedap rasa ayam yang dilumur sos tiram,bahan tumbuk serta direneh dalam air kelapa.

Bahan Resepi Ayam Masak Sos Tiram Istimewa :

  • 1 ekor ayam kampung 1.5-2.0 kg
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 inci halia muda *
  • 1 1/2 biji bawang merah saiz bola pingpong *
  • 4 ulas bawang putih saiz sederhana*
  • Cili ikut tahap pedas anda suka *
  • 2 keping asam keping
  • 2 batang serai besar
  • 1 biji air kelapa
  • 1 sdt gula
  • 1 sdt garam
  • 1 sdt serbuk perasa
  • Sayur kangkong jika suka

Tumbuk 80%  bahan yang bertanda.

Cara Masak Ayam Masak Sos Tiram :

#1: Bersihkan ayam dan ikut suka nak potong atau tak. Siapkan bahan tumbuk.Dalam periuk masukkan bahan tumbuk,gula,garam,serbuk perasa, sos tiram. Lumur sebati pada ayam dan kalau tak potong, sumbat masuk dalam ayam bahan ini. Baru sedap terasa.

Ketuk serai dan masukkan sekali dengan asam keping, air kelapa 1 biji besar hingga sampai ke paras ayam.Buka api dan tutup periuk. Renehkan sekitar 50-60 minit dengan api kecil sahaja. Biarkan ianya masak perlahan.

Pernah cuba resepi ayam masak sos tiram dengan air kelapa camni ? memang sedap rasa ayam yang dilumur sos tiram,bahan tumbuk serta direneh dalam air kelapa.

#2: Sesekali buka periuk untuk periksa paras air.Biarkan air kelapa dan campuran bahan tadi sekadar paras bawah dari suku, baru letak sayur kangkong kalau nak. Tutup periuk dan biarkan 5 minit.

Sayur kangkong takpayah potong ea. Nanti susah nak keluarkan pula. Sebab lepas tu kita keluarkan balik dan makan semula dengan cicah calit kuah renehan ayam.

Bila ayam kampung dah lembut, air renehan memekat, tandanya dah masak dah ayam masak sos tiram anda.

Memang bertambah nasi makan degan  ayam masak sos tiram style macam ni.Sesuai untuk yang diet. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom