Mudahnya Resepi Ayam Paprik Thai Ini Sehingga Dikongsi 11,345 Kali

725
Resepi ayam paprik thai

Saya seorang yang suka pada resepi ayam berunsurkan thai disebabkan pelbgai rasa masam serta pedas dalam setiap masakan. Kali ini saya mahu mencuba resepi ayam paprik ala thai yang simple dan mudah disedikan di rumah hasil air tangan Puan Nurbaizura Sani ini.Meleleh air liur melihat gambar masakan paprik yang dihasilkan dan saya mesti cuba.

Kebiasaan ayam  paprik boleh disediakan dengan dua cara sama ada berkuah atau sedikit kering. Semua terpulang pada anda.Selain daripada isi dada ayam , masakan paprik boleh diganti dengan hirisan daging yang telah direbus , udang dan juga sotong untuk masakan paprik ini.

Kenapa ada perkataan ala thai ? Ini kerana resepi ini berasal dari Thailand dan salah satu menu yang popular di kedai makan thai yang banyak terdapat di tempat kita.

Sebelum ini saya ada juga buat bubur ayam ala mcd yang sedap. Anda boleh lihat dan hasilkan di rumah.

Bahan-bahan ayam paprik thai  : 

  • 1 keping dada ayam dipotong nipis atau dadu
  • 1 sudu teh serbuk kunyit untuk dilumur pada ayam
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 biji bawang merah saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan pes tomyan
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan minyak untuk menggoreng dada ayam

Bahan sayuran ayam paprik :

  • 4 batang kacang panjang
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 biji cili besar dipotong serong
  • 1 cawan kubis bunga
    Bahan-bahan resepi ayam paprik thai

Cara memasak ayam paprik ala thai :

  1. Isi dada ayam dipotong dadu nipis.Lumurkan dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng isi dada ayam sehingga separuh masak. Angka dan tos.Ketepikan.
    .
  2. Tumbuk lumat bawang merah,bawang putih dan juga halia.Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menumis.Gunakan api perlahan dan tumis bahan tumbuk,cili kisar,serai yang diketuk dan daun limau purut sehingga pecah minyak.
    .cara masak dan sayuran ayam paprik thai
  3. Masukkan air beserta sos cili,sos tiram,pes tomyan dan kicap manis . Gaul sebati serta masukkan perasa.Biarkan sehingga sempurna masak pecah minyak.
    .
  4. Masukkan isi dada ayam yang sudah digoreng bersama sayuran pilihan anda. Masak sehingga sayur lembut.Angkat dan hidangkan.

Sedapnya makan dengan nasi putih panas bersama hidangan telur dadar dan ayam paprik thai ni. Selamat mencuba tau.Jangan lupa suscribe kami di You Tube untuk koleksi tutorial kek dan masakan  menarik yang lengkap untuk korang buat rujukan. Versi tutorial lengkap masa live ada di bawah ni ea tuk rujukan.Nyummm
.