Begedil Penuh Rasa Daging

9493
Suka makan begedil yang penuh dengan inti daging ? Mungkin resepi ini sangat sesuai untuk anda. Jom tengok resepi penuh bila anda klik di gambar
Suka makan begedil yang penuh dengan inti daging ? Mungkin resepi ini sangat sesuai untuk anda. Jom tengok resepi penuh bila anda klik di gambar

Siapa suka makan begedil daging ? Kalau saya, saya suka makan bersama meehon / mee sup atau ratah je panas-panas sambil cicah cos. Memang sedap kan rasa bedegil yang penuh dengan daging ?

Okey rupanya senang je cara untuk buat Begedil Penuh Rasa Daging ni . Jom kita lihat .

BACA : Resepi Kuih Serabai Lazat Menambat Selera

Bahan-Bahan Begedil Penuh Rasa Daging

1 kg Ubi Kentang
250 gram Daging Cincang Ramly ( kalau nak gunakan daging burger pun boleh dan lagi sedap )
2 labu bawang besar saiz sederhana
Sedikit Daun bawang/ daun sup
3 biji telur untuk mencelup semasa menggoreng
Minyak untuk menggoreng
Garam dan perasa yang anda mahu

BACA : Resepi Mudah Kuih Cara Manis

Cara Penyediaan Begedil Penuh Rasa Daging

Pertama , potong bawang besar secara dadu , kentang dikupas kulis dan potong memanjang. Ubi kentang yang disiap dipotong digoreng dengan empuk dan dilenyekkan sehingga lumat.

Kedua , dalam sebuah bekas , masukkan daging kisar , bawang yang didadu , hirisan daun bawang / sup dan garan bersama perasa yang anda mahu .Gaul sebati.

Ketiga , kepalkan adunan ikut saiz yang anda mahu dan tekan adunan menjadi bentuk leper. Dalam bekas yang lain, pukul telur bersama sedikit garam/lada hitam.

Keempat , panaskan minyak. Celupkan adunan ke dalam telor sebelum menggoreng begedil. Guna api sederhana sahaja. Angkat dan toskan .

Tips :
Inti begedil boleh ditukar dengan isi ayam atau isi ikan mengikut citarasa anda .

1200tmplate copyBACA : Resepi Kuih Bingka Susu

Memang mudah untuk hasilkan begedil daging yang sedap ni . Selamat mencuba .Terima kasih Delihayat Kitchen di atas keizinan menyiarkan resepi .

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel