Resipi Biskut Cornflakes Coklat Rangup Beserta Tips

8522
Untuk elakkan biskut cornflakes coklat menjadi lemau, selepas dah masukkan dalam baking case tadi, biarkan biskut sehingga betul-betul sejuk barulah susun.

Menjelang bulan Ramadhan , pasti dah terfikir menu biskut raya seperti biskut  conflakes coklat ,biskut semperit,almond london dan kerepek yang akan menghiasi meja tetamu.

Sepanjang bulan ni jugalah segelintir para ibu sibuk menyiapkan menu biskut sendiri dan tempahan daripada pelanggan.Kadang-kadang anak pun boleh tolong sekali terutama untuk buat biskut conflakes coklatsebab senang dan simple sangat.

Untuk dapatkan rasa coklat yang sedap,saya suka gunakan milk compoun coklat jenama Beryl.Kalau nak lebih rasa coklat,guna je dark compund.

Tips untuk dapatkan rasa biskut conflakes coklat yang sedap adalah pastikan cairkan coklat mnggunakan kaedah double boil hingga coklat cair sepenuhnya.

Tak perlu tunggu suam, tapi terus gaulkan conflakes tadi bila coklat dah cair sepenuhnya.Insyaallah tak kan lemau.

BACA DI LINK BARU : Resepi Rendang Ayam Sedap 2 Versi Yang Tahan Lama

Lepas dah gaul rata conflkes bersama coklat itu tadi barulah masukkan  dalam baking case dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum simpan dalam bekas kedap udara untuk elakkan conflakes coklat lemau.

Oven tak diperlukan dalam penyediaan biskut raya kali ini.

Bukan sahaja boleh guna dark choclate tapi kalau teringin nak  buat warna warni, gunakan sahaja white choclate.Cara buat biskut conflakes coklat sama je tuk kedua jenis coklat ni.

Bahan Resipi Biskut Conflakes Coklat :                             

  • 200 gram cornflakes
  • 400 gram coklat milk compound Beryl
  • Sedikit Colour Rice sebagai hiasan

Cara Buat Biskut Cornflakes Coklat :

#1: Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boil (sy buat dua jenis coklat, dark choc & white choc. Terpulang nak buat white @ dark coklat dulu. Buat satu persatu.

#2:  Selepas coklat dah cair, tutup api.Selepas itu masukkan cornflakes ke dalam coklat yang panas dan cair sepenuhnya tu dan gaulkan sehingga sebati.

#3:  Lepas tu masukkan dalam baking case dan taburkan sedikit hiasan. Boleh susun atas dulang atau tray.

#4: Biarkan sehingga chocolate cornflakes tu kering, baru boleh susun dalam balang.

Untuk elakkan biskut cornflakes coklat menjadi lemau, selepas dah masukkan dalam baking case tadi, biarkan biskut sehingga betul-betul sejuk barulah susun.

* Cara saya mmg mudah, kerana tak perlu menggunakan oven. Pada yg bertanya tentang bahan2 tersebut, terpulang pada citarasa masing2.Contohnya cornflakes & chocolate ada banyak jenis brand.Tak kisah nak guna apa2 brand pun.

*Masa coklat dah cair, gaulkan jer cornflakes tu dengan coklat panas2.Takkan lemau.Kalau tunggu coklat tu sejuk nanti keras lah pulak coklat tu.

Untuk elakkan biskut cornflakes coklat menjadi lemau, selepas dah masukkan dalam baking case tadi, biarkan biskut sehingga betul-betul sejuk barulah susun.

Dah siap dah menu biskut raya kali ni.Memang sangat mudah kan.Anak-anak pun boleh tolong buat sekali.Selamat mencuba. </>